Anak sulung Amyza Aznan meninggal dunia
Kuala Lumpur- Pelakon Amyza Aznan berkongsi khabar duka mengenai pemergian anak sulungnya Andre Mikhail yang menderita akibat kanser paru-paru apabila disahkan meninggal dunia, sebentar tadi. Amyza...
Kuala Lumpur- Pelakon Amyza Aznan berkongsi khabar duka mengenai pemergian anak sulungnya Andre Mikhail yang menderita akibat kanser paru-paru apabila disahkan meninggal dunia, sebentar tadi.
Amyza berkongsi pemergian anak tersayangnya itu menerusi hantaran Instagram Story dan meminta doa orang ramai sedehkahkan Al-Fatihah buatnya.
Menurut suami kepada pelakon Amyza Aznan iaitu Khairil Idzhar Md Nazir reda dengan pemergian anak sulungnya, selepas setahun berjuang melawan kanser paru-paru tahap tiga.
Khairil juga meberitahu anaknya berada dalam keadaan seperti ditidurkan walaupun masih sedar, namun tidak lagi mampu berbicara sehingga ke nafas terakhir.
Jenazah Allahyarham Andre dibawa ke Masjid Al-Khairiah AU3, Keramat untuk disolatkan dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana , kira-kira jam 9 pagi ini.
No Comment! Be the first one.