Tidak perlu ke balai polis, cuti perayaan lebih selamat.
Johor Bahru- Cuti perayaan sempena sambutan Tahun Baharu Cina akan bermula tidak lama lagi. Ramai di antara kita akan pulang ke kampung halaman. Di setiap kali musim perayaan pasti akan ada berlaku...
Johor Bahru- Cuti perayaan sempena sambutan Tahun Baharu Cina akan bermula tidak lama lagi. Ramai di antara kita akan pulang ke kampung halaman. Di setiap kali musim perayaan pasti akan ada berlaku kes seperti kecurian.
Untuk mengelakkan perkara seperti ini tidak berlaku dalam komuniti, Menurut Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah Dan keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Asisten Komisioner Polis Mohamad Ra’ayim bin Hj Jemakir berkata, pastikan semua pintu dan tingkap wajib dikunci.
Selain itu, perkara yang paling penting ialah perlu juga memaklumkan kepada jiran tetangga. Jika ada sesuatu yang mencurigakan, jangan teragak-agak untuk memberitahu kepada pihak polis. Untuk mengelakkan rumah menjadi sasaran, pastikan segala info keselamatan yang diberikan ini perlu dititikberatkan.
“Kini semuanya menjadi lebih mudah dan senang dengan perlu memuat naik aplikasi Volunteer Smart Patrol. Aplikasi ini aplikasi mudah alih rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang membolehkan orang awam memberikan maklumat, aduan atau video jenayah dan mencurigakan tanpa perlu hadir ke balai polis berdekatan, “katanya.
Beliau berkata, keselamatan sebenarnya bermula dengan sikap kita sendiri. Sentiasa berhemah di jalan raya, di rumah dan juga di dalam komuniti. Bila bersatu pasti keselamatan diri, keluarga dan komuniti pasti terjamin.
Dalam masa yang sama, beliau turut menyarankan sekali lagi untuk memuat naik aplikasi Volunteer Smart Patrol. Ini bertujuan untuk keselamatan semua. Beliau juga turut mengucapkan selamat menyambut Tahun Baharu Cina.
No Comment! Be the first one.