Daenee Ceria Pop Star?
Hai nama penuh saya ialah Muhammad Hady bin Muhammad Faiz. Nama panggilan Daenee. Ok tanpa segan silu umur saya pada tahun ini ialah 24 tahun. Taklah muda sangat kan? Ke dah tua?...
Hai nama penuh saya ialah Muhammad Hady bin Muhammad Faiz. Nama panggilan Daenee. Ok tanpa segan silu umur saya pada tahun ini ialah 24 tahun. Taklah muda sangat kan? Ke dah tua? Hahaha! Penglibatan saya sebelum ini, saya pernah joined rancangan realiti TV iaitu Ceria Pop Star di Astro. Amacam? Macam pernah nampak kan? Itulah saya dan saya yang dulu. Ramai cakap cute. Hehe perasa pulak. Sebenarnya kan saya seorang yang suka menyanyi. Disebabkan itu, banyak pengalaman yang saya lalui untuk bergelar dan menempatkan saya sebagai penghibur tanah air. Dalam masa yang sama, saya jua ada kumpulan band sendiri. Band apa itu? Mungkin ramai yang tahu kan? Untuk lebih lanjut, anda kena usha untuk blog akan datang yang saya akan kongsikan.
Karakter saya pulak, saya seorang yang santai dan relax. Saya seorang yang tak banyak cakap tapi saya seorang yang tegas. Tegas tapi relax. Kombinasi karakter ini membuatkan saya selesa dengan persekitaran dan juga sewaktu bekerja. Saya tak sabar nak kongsi banyak cerita ni. Jadinya, kena sentiasa buka portal ni ok. Di blog akan datang, saya akan story macam mana boleh masuk Ceria Pop Star. On tak on? Dan yang paling penting terus layan saya ke udara setiap Isnin hingga Jumaat bermula 3 petang sehingga 7 malam dalam Best Havoc di Best FM.
Wow. Tak sangkar ☺️ hebatnya daenee.