BERBELANJA DENGAN BIJAK!
PESANAN ABANG UNTUK KITA SEMUA: BELANJALAH DENGAN BIJAK DALAM ZAMAN SEKARANG! Zaman sekarang ni, kita kena lebih bijak menguruskan perbelanjaan. Harga barang makin meningkat, kos sara hidup pun...
PESANAN ABANG UNTUK KITA SEMUA: BELANJALAH DENGAN BIJAK DALAM ZAMAN SEKARANG!
Zaman sekarang ni, kita kena lebih bijak menguruskan perbelanjaan. Harga barang makin meningkat, kos sara hidup pun semakin terasa. Sebab itulah Abang rasa penting untuk kita belajar berjimat, bukan bermaksud kedekut, tapi berbelanja mengikut kemampuan dan keperluan. Kalau boleh dapatkanlah barang yang berkualiti dengan harga yang lebih murah, kenapa perlu bayar lebih, betul tak? 😁
Sebab tulah Abang suka survey dulu sebelum membeli. Abang akan cari seller-seller yang boleh dipercayai, tengok kualiti barang, bandingkan harga dan baca maklum balas daripada pembeli lain. Bagi Abang, membeli-belah sekarang bukan sekadar mencari barang yang cantik, tetapi macamana kita boleh dapatkan barang yang berbaloi dengan setiap ringgit yang kita keluarkan.
Lagipun abang ada anak kecil 4 tahun. Biasalah, bila ada anak kecil ni, macam-macam keperluan yang kena sediakan. Baju kena ada, kasut kena ada, dan macam-macam lagi. Budak-budak pula cepat membesar. Baru beli baju, tak lama kemudian dah mula sendat…
Jadi, Abang memang suka cari baju kanak-kanak yang cantik, kainnya selesa dan berkualiti, jahitannya elok serta harganya masih mampu milik. Tak semestinya baju yang mahal je nampak cantik, dan tak semestinya barang murah itu tak berkualiti. Yang penting, kita pandai memilih dan tahu di mana nak mencari.
Kalau dapat baju yang cantik, kain yang bagus, anak pun selesa pakai dan harga pula mesra poket, memang berbaloi sangat la kan. Duit yang dapat dijimatkan tu bolehlah kita simpan untuk keperluan lain, terutama sekali untuk anak-anak dan keluarga.
Abang percaya, dalam keadaan ekonomi sekarang, ramai ibu bapa kat luar sana pun punyai cara tersendiri untuk berjimat. Kita semua nak berikan yang terbaik untuk anak-anak, tetapi dalam masa yang sama kita kena bijak mengawal perbelanjaan.
Kalau anda tahu seller yang menjual baju kanak-kanak dengan harga murah, kain berkualiti, corak cantik dan boleh dipercayai, bolehlah PM tepi Abang. Mana tahu, perkongsian anda dapat membantu Abang dan ibu bapa lain berjimat juga.
Kalau ada seller yang jual baju budak dengan harga yang berbaloi, jangan simpan seorang diri. Kita kongsi-kongsi rezeki dan bantu sesama kita. Tak perlu mahal untuk nampak bergaya, asalkan bijak memilih! 😉
Ingat ya, berjimat bukan bermaksud kita tak mampu membeli, tetapi kita memilih untuk berbelanja dengan lebih bijak.
Jom sama-sama jadi pengguna yang bijak. Duit kita, kita yang urus. Anak-anak tetap boleh bergaya, poket pun tak menangis!
Kawan-kawan, cuba komen atau PM Abang seller baju kanak-kanak yang anda percaya. Mana tahu, Abang jumpa port membeli-belah yang menarik hasil perkongsian anda.


No Comment! Be the first one.