Agong, Raja Permaisuri Menzahirkan Ucapan Takziah Atas Pemergian Tun Dr. Siti Hasmah
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa...
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa dukacita mendalam serta ucapan takziah atas pemergian Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali.
Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat oleh Allah SWT, diampunkan segala dosa, serta ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.
Pada masa yang sama, Seri Paduka Baginda berdua turut menitipkan doa buat seluruh ahli keluarga Allahyarhamah agar dikurniakan kekuatan, ketabahan, dan kesabaran yang tinggi dalam menempuh dugaan atas kehilangan insan tersayang ini.
Foto Kredit: Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
No Comment! Be the first one.