Gara-Gara Haaland, Lobak Merah Laris Di Norway
Di Norway, fenomena ‘Haaland Effect’ dilaporkan terus berkembang apabila rakyat negara itu kini dikatakan semakin gemar menikmati lobak merah yang sememangnya menjadi antara makanan...
Di Norway, fenomena ‘Haaland Effect’ dilaporkan terus berkembang apabila rakyat negara itu kini dikatakan semakin gemar menikmati lobak merah yang sememangnya menjadi antara makanan kegemaran bintang berusia 26 tahun berkenaan.
Menurut laporan, jualan lobak merah di Norway meningkat sekitar 25 peratus sejak beberapa minggu lalu dan peningkatan itu dikaitkan dengan kempen membabitkan Haaland.
Pemain itu sebelum ini beberapa kali dirakam menikmati lobak merah ketika menandatangani autograf, selain tampil dalam kempen promosi sayuran berkenaan.
Sepanjang Piala Dunia, Haaland turut muncul dalam iklan di semua saluran televisyen Norway menerusi kempen syarikat pemborong sayur-sayuran Bama.

Dalam iklan tersebut, Haaland memandu sebuah lori sambil menikmati lobak merah dan meminta lebih banyak sayuran berkenaan.
Penasihat pemakanan Norway, Iselin Sagen, berkata peningkatan jualan lobak merah mula ketara pada Julai dan terus mencatat angka memberangsangkan pada Ogos.
“Jualan meningkat pada Julai dan kami tidak pernah melihat rekod seperti ini sebelum ini. Jualan juga sangat baik pada Ogos.
Ini bukan kali pertama tabiat pemakanan Haaland menjadi perhatian apabila pemain itu sebelum ini mendedahkan pengambilan kira-kira 6,000 kalori sehari yang merangkumi makanan seperti hati, jantung serta hidangan ‘cheat meal’ berupa piza kebab.
Menurut Sagen, kecintaan Haaland terhadap lobak merah juga berkemungkinan dipengaruhi latar belakangnya yang membesar di Bryne, sebuah kawasan kecil yang mempunyai banyak ladang.
Baca Lanjut di : Sinar Harian
No Comment! Be the first one.