Dengan izin ALLAH, saya dan isteri bercerai 173 hari lalu’ – Fikry Ibrahim
Status perkahwinan Fikry Ibrahim akhirnya terjawab selepas pelakon itu mengesahkan dirinya kini sudah berpisah dengan bekas isterinya, Siti Khalizah Alihan. Berita itu dimaklumkan sendiri oleh Fikry...
Status perkahwinan Fikry Ibrahim akhirnya terjawab selepas pelakon itu mengesahkan dirinya kini sudah berpisah dengan bekas isterinya, Siti Khalizah Alihan.
Berita itu dimaklumkan sendiri oleh Fikry menerusi kenyataan yang dimuat naik di akaun Instagram hari ini.
Menurut Fikry, perpisahan tersebut berlaku sejak 173 hari lalu dan memilih untuk mengambil sedikit masa sebelum berkongsi mengenai perkara berkenaan.
Jelas Fikry, keputusan untuk tidak berkongsi lebih awal bukan kerana mahu menyembunyikan keadaan sebenar, sebaliknya dia memerlukan ruang untuk mengumpul kekuatan serta menerima ketentuan yang telah ditetapkan.
Baca Lanjut di : Sinar Harian
No Comment! Be the first one.