Suami Amyza Aznan kritikal, ditidurkan di HKL
Pelakon, Amyza Aznan memaklumkan suaminya, Khairil Izhar Mohd Nazir, 51, kini berada dalam keadaan kritikal dan ditidurkan di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Perkembangan itu dikongsikan Amyza, 50,...
Pelakon, Amyza Aznan memaklumkan suaminya, Khairil Izhar Mohd Nazir, 51, kini berada dalam keadaan kritikal dan ditidurkan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Perkembangan itu dikongsikan Amyza, 50, menerusi hantaran di Instagram Story miliknya pada Ahad, namun tidak memperincikan punca atau keadaan kesihatan suaminya.
Sementara itu, pengurus Amyza yang dikenali sebagai Farid berkata, mereka masih berada di hospital dan sedang menantikan perkembangan lanjut daripada pihak doktor.
Ini bukan kali pertama Khairil berdepan masalah kesihatan serius. Pada Disember 2017, dia pernah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah pusat perubatan swasta akibat serangan jantung.
Pada Disember 2023 pula, Amyza mendedahkan terpaksa membuat keputusan sukar apabila suaminya ditidurkan akibat mengalami sesak nafas. Bagaimanapun, Khairil dilaporkan sedar selepas dua hari sebelum disahkan dijangkiti COVID-19 dan memerlukan rawatan rapi lanjut.
Kredit Sumber : Astro Awani
No Comment! Be the first one.