BEST KE JADI EMCEE?
Sabtu yang lepas, abang jadi emcee untuk majlis yang cukup meriah, majlis cukur jambul, aqiqah dan dalam masa yang sama meraikan anak-anak kecil yang bakal melangkah ke alam berkhatan. Suasana memang...
Sabtu yang lepas, abang jadi emcee untuk majlis yang cukup meriah, majlis cukur jambul, aqiqah dan dalam masa yang sama meraikan anak-anak kecil yang bakal melangkah ke alam berkhatan.
Suasana memang meriah beserta dengan hidangan yang menyelerakan & pelbagai dari tuan rumah. Kalau dah berkumpul ramai-ramai ni macam-macam cerita la ada!
Tapi ada satu momen yang menarik. Anak kecil ni umurnya 6 tahun akan mengambil bahagian dalam pertandingan azan kat sekolah dia. Dengan penuh yakin dia berdiri di hadapan semua orang dan mengalunkan azan. Walaupun masih kecil, keberanian dan keyakinan dia memang buat abang kagum. Abang yang pegang mikrofon pun rasa macam, “Wah… hebat adik ni!”
Bila tengok anak kecil berani tampil ke depan macam ni kan rasa seronok pula. Menang kalah adat bertanding, tapi pengalaman, keberanian dan keyakinan yang ada sejak kecil inilah yang paling berharga.
Untuk abang, inilah antara seronoknya menjadi emcee. Bukan sekadar pegang mikrofon dan bercakap kat pentas, tapi dapat menjadi sebahagian daripada momen-momen kecil yang suatu hari nanti mungkin akan menjadi kenangan besar buat sebuah keluarga.
Semoga anak-anak yang diraikan membesar menjadi anak yang soleh, baik dan membanggakan keluarga.
No Comment! Be the first one.