Setahun di BestFM, 15 tahun Aiman Di Dunia Radio!!
Assalamualaikum geng! Hari ni, 3 Julai 2026 so genap setahun Aiman di BestFM! Terima kasih untuk keluarga besar BestFM dan Suara Johor Sdn Bhd atas kepercayaan dan tak lupa untuk semua pendengar yang...
Assalamualaikum geng!
Hari ni, 3 Julai 2026 so genap setahun Aiman di BestFM! Terima kasih untuk keluarga besar BestFM dan Suara Johor Sdn Bhd atas kepercayaan dan tak lupa untuk semua pendengar yang kekal beri sokongan untuk Aiman kekal segar untuk temani pendengar semua.

Tempoh setahun, banyak memberi cabaran, mencorak pengajaran untuk Aiman sentiasa jadi seorang penyampai yang boleh memahami kehendak dan minat setiap pendengar.
Aiman juga nak ucapkan terima kasih tak terhingga untuk my sifu! Sejak zaman belajar di radio kampus universiti, ke beberapa lagi pengalaman di stesen radio yang lain yang pernah mencurah ilmu sehingga Aiman berada di BestFM hari ini.

Kepada abang-abang dan kakak-kakak Aiman yang kongsi dan curah ilmu, you know who you are.. Semoga Allah balas jasa kalian semua, dan moga perjalanan manis ini terus tercipta, dengan lebih banyak lagi peluang cerita yang lebih BEST!

(Zaman 2014, masa mula-mula rasa jadi penyampai part-time)
Bermula dengan belajar untuk perbaiki cara penyampaian yang lebih ringkas, dan padat! Hingga ilmu cara penyampaian maklumat yang sentiasa sahih, dan bermanfaat untuk pendengar.. Ilmu-ilmu berguna semua ni Aiman akan gunakan sebaik mungkin..
Kini, genap SETAHUN Aiman mencurah bakti disini.. Thank you BestFM! 37 Tahun, Suara Dunia Baharu!
No Comment! Be the first one.