Piala Dunia 2026: Jepun negara Asia pertama layak pusingan kalah mati!
JEPUN mengesahkan tempat ke pusingan seterusnya selepas menduduki tempat kedua Kumpulan F usai wisel penamat dibunyikan tatkala seri berdepan Sweden, sebentar tadi. Samurai Biru sekali lagi melangkah...
JEPUN mengesahkan tempat ke pusingan seterusnya selepas menduduki tempat kedua Kumpulan F usai wisel penamat dibunyikan tatkala seri berdepan Sweden, sebentar tadi.
Samurai Biru sekali lagi melangkah ke peringkat kalah mati selepas merekodkan satu kemenangan dan dua seri.
Gergasi Asia itu membuka tirai jaringan pada minit ke-56 oleh Daizen Maeda hasil umpanan cantik oleh Ritsu Doan.
Bekas pemain Manchester United, Anthony Elanga, menjadi wira pasukan ke-36 dunia itu susulan lencongan menewaskan penjaga gol, Zion Suzuki, untuk mengikat skuad kendalian Hajime Moriyasi 1-1.
Sweden turut mengikuti langkah Jepun untuk tempah slot ke pusingan 32.
Untuk rekod, pencapaian terbaik negara Matahari Terbit itu adalah mara sejauh pusingan 16 pada edisi 2002, 2010 dan 2022.
Mereka akan bertemu juara Piala Dunia lima kali, Brazil, pada aksi seterusnya.
Kredit : Astro Awani
No Comment! Be the first one.