Ronaldo Cipta Sejarah, Jaring Gol Dalam Enam Piala Dunia
Houston: Cristiano Ronaldo terus membuktikan kehebatannya apabila mencipta sejarah sebagai pemain pertama yang menjaringkan gol dalam enam edisi berbeza Piala Dunia selepas meledak ketika Portugal...
Houston: Cristiano Ronaldo terus membuktikan kehebatannya apabila mencipta sejarah sebagai pemain pertama yang menjaringkan gol dalam enam edisi berbeza Piala Dunia selepas meledak ketika Portugal membelasah Uzbekistan 5-0 di Houston, awal pagi tadi.
Kapten Portugal berusia 41 tahun itu membuka jaringan seawal minit keenam menerusi penyudah jarak dekat, sekali gus menamatkan kemarau golnya di kejohanan utama antarabangsa dan mengukir satu lagi rekod dalam karier gemilangnya.
Gol tersebut menjadikan Ronaldo satu-satunya pemain yang pernah menjaringkan gol dalam Piala Dunia 2006, 2010, 2014, 2018, 2022 dan 2026. Jaringan pertamanya di pentas dunia hadir ketika menentang Iran pada edisi 2006.
Sebelum perlawanan itu, Ronaldo menerima kritikan selepas aksi kurang menyerlah ketika Portugal sekadar seri 1-1 dengan Republik Demokratik Congo dalam perlawanan pembukaan kumpulan.
Walaupun berusia 41 tahun, bintang Al Nassr itu terus menunjukkan ketajaman apabila telah meledak 28 gol dalam 30 perlawanan liga musim ini. Rekod terbaharunya sekali lagi mengukuhkan status Ronaldo sebagai antara pemain terbaik dalam sejarah bola sepak dunia
No Comment! Be the first one.