Johor Bubar DUN, Beri Laluan Kepada Pilihan Raya Negeri
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor berkuat kuasa serta-merta pada 01 Jun 2026 selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku...
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor berkuat kuasa serta-merta pada 01 Jun 2026 selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, pada pagi semalam. Beliau berkata, watikah pembubaran DUN Johor Ke-15 telah diperkenankan selaras dengan peruntukan Undang-Undang Tubuh Negeri Johor bagi membolehkan proses demokrasi dilaksanakan.
Menurut beliau, langkah tersebut diambil bagi memastikan rakyat Johor terus menikmati pentadbiran yang stabil dan kukuh melalui mandat baharu yang bakal ditentukan menerusi pilihan raya negeri. Onn Hafiz turut berharap keharmonian serta semangat muafakat dalam kalangan rakyat Johor terus terpelihara, selain mendoakan agar negeri itu sentiasa dilindungi dan dikurniakan kemakmuran serta keberkatan. Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2022, Barisan Nasional (BN) memenangi 40 kerusi DUN, manakala Pakatan Harapan (PH) memperoleh 12 kerusi dan Perikatan Nasional (PN) tiga kerusi.
Kredit Gambar: Astro Awani
No Comment! Be the first one.