TERINGAT KEMBALI CERITA ‘MAC 2021’…
Hari ni abang teringat pula cerita pada Mac 2021 yang dulu. Ujian untuk abang & isteri bertimpa-timpa. Orang kata ibarat jatuh ditimpa tangga. Tarikh 16 Mac 2021 (Selasa), abang kemalangan kat...
Hari ni abang teringat pula cerita pada Mac 2021 yang dulu. Ujian untuk abang & isteri bertimpa-timpa. Orang kata ibarat jatuh ditimpa tangga.
Tarikh 16 Mac 2021 (Selasa), abang kemalangan kat depan Green Heaven, Kota Puteri, Masai masa ‘on the way’ balik lepas on air jam 7.15 malam. Patah tangan kanan (radial & ulna), patah beberapa tulang rusuk kanan, patah tulang bahu (clavicle) dan beberapa kecederaan yang lain. Waktu ni juga isteri abang telah keguguran 8 minggu selepas kami menanti kehadiran cahayamata selepas 14 tahun berkahwin.
Jujur masa ni abang memang tak kuat. Sepatutnya isteri abang kena cuci rahim (D&C) pada Jumaat (19/03/2021) tapi demi menjaga abang yang terlantar kat hospital, prosedur D&C terpaksa ditangguhkan hingga ke tarikh 24/03/2021 (Rabu). Katanya, hidup ini perlu memilih, mana yang perlu diutamakan.
Kadang-kadang Allah uji tu bukanlah ‘Dia’ tak sayang, cuma ‘Dia’ nak kita ingat pada ‘Dia’. Ingat pesan abang ni, disebalik ujian dan dugaan yang Allah beri tu, insyaallah pasti akan ada ‘pelangi’ selepas hujan. Belajar untuk redha terima ujian Allah.
Kalau nak baca cerita panjang, boleh ke facebook page abang, cerita penuh kat sana..jangan lupa follow “socmed” abang sekali. Semua media sosial abang gunapakai nama Helmi BestFM.
https://www.facebook.com/share/p/1JNCNXEmp3/ (link cerita isteri abang keguguran)
http://tiktok.com/@helmibestfm
https://www.instagram.com/helmibestfm?igsh=cGpmYnN2NDN5NHN2
https://www.facebook.com/share/14fLykdpzPq/
https://www.threads.com/@helmibestfm
Jangan lupa follow abang…
No Comment! Be the first one.