MISI HALF MARATHON AIMAN SUCCESS!!
Assalamualaikum gais! Cerita #misihalfmarathonaiman berjaya!! Alhamdulillah, marathon sejauh 21.1km Aiman dah selesaikan, Rekod Cut-Off Time aiman mestilah bukan sejam setengah. Baru first time kan...
Assalamualaikum gais! Cerita #misihalfmarathonaiman berjaya!!
Alhamdulillah, marathon sejauh 21.1km Aiman dah selesaikan, Rekod Cut-Off Time aiman mestilah bukan sejam setengah. Baru first time kan join half marathon ni, of course lah jadi 3 jam setengah tempohnya. Macam mana pun, jujur cakap larian 21.1km ni tak pernah mudah! TQ untuk family BestFM bagi moral support, to my brother Aki Zakiamani yang sememangnya full time runner sekarang, pun bagi semangat.
Dan mestilah tulang belakang penguat semangat, isteri Aiman pun always doakan supaya tak terkandas di tengah jalan. Sebab serius, memang ada yang injured sampai ambulans kena bantu. Yang muntah-muntah dan cramp pun ramai. Aiman sendiri 2 kali hampir kejang! Tapi, syukur dapat tamatkan larian 21.1km ni dengan keadaan selamat.

Gambar ni bukan senang nak dapat. Berapa ramai photographer event larian ni kan? Then boleh pulak terjumpa dengan kawan/jiran Taman Keramat KL, nama dia pun Aiman! Then kenal dengan beberapa lagi runner macam Syukri and Firdaus.


Dan lepas settle larian, baru perasan.. Kucing nama Husky pun join larian 5km dengan tuannya kak Anisma hahaha!

Video link larian Aiman dalam #misihalfmarathonaiman korang boleh jemput tengok bawah ni..
Dan bagitau Aiman, perlu tak aiman masuk lagi larian Half Marathon macam ni?
@djaimansabri Bak kata my bro @Aki Zakiamani , my first debut Half Marathon 🤜🏻🤛🏻 Gila kau 21.1km aku henjut.. and my old friend Ewan tq bagi moral support jugak 💥 Masa nak flag off, serius otak dok rasa aku buat keje gila.. Til the next HM gais.. Million thanks to my beloved team @bestfm.my and isteriku @Syaidah Syafizah 💙❤️ #misihalfmarathonaiman #bestfmmalaysia #aimanbestfm #halfmarathon
No Comment! Be the first one.