Bandmate Daenee “Jiwa Band” menolak ajakkan Daenee untuk tubuhkan band??
okay jom daenee sambung cerita tentng perjalanan daenee menjadi seorang penyanyi, selepas cerita sebelum ni, Daenee teruskan nyanyian Daenee dengan mendapat sponsor dari seseorang untuk diberikan...

okay jom daenee sambung cerita tentng perjalanan daenee menjadi seorang penyanyi, selepas cerita sebelum ni, Daenee teruskan nyanyian Daenee dengan mendapat sponsor dari seseorang untuk diberikan lagu single Daenee sendiri dengan bertajuk “kau tetap aku cinta” dan alhamdulillah lagu tersebut berjaya mendapat sambutan tapi taklah viral dan ramai, tetapi nak dijadikan cerita, Daenee punya perjlanan bersama dengan lagu single pertama Daenee agak perit sebernanya, ada beberapa cerita yang Daenee je tau yang terjadi pada Daenee dan menyebabkan Daenee tak rasa nak teruskan nyanyian lagi.
okay kita terus skip ke “Jiwa Band” dulu Daenee merupakan usahawan muda yang baru sahaja nak memulakan bisness kecil kecilan dengan menjual minyak wangi “Jiwa Fragance” di event event dan sebagainya, saya sering masuk event untuk berniaga, di Jb, Kluang, Pontian, dan sebagainya, jadi apa kene mengena dengan business Daenee ni boleh terciptanya Jiwa Band? okay cerita dia macam ni.
Pada suatu hari, Daenee masuk pertandingan karoke yang berlangsung di event yang mana Daenee turut berniaga disitu, waktu itu bertemakan “MERDEKA” tetapi saya waktu tu pakai baju kemeja biasa je, masuk eprtandingan tersebut cuma untuk meraikan sahaja pihak penganjur sebab dah dipaksa untuk join, AHAHHAA jadi disitulah bakat nyanyian saya dipandang oleh salah seorang Event Organiser yang bertanggungjawab atas event tersebut, jadi dari situ lah dia menyatakan awak sepatutnya ada band sendiri lah Daenee.. itu apa yang dikatanyatapi waktu tu yelah dah tawar hati dah kan? saya pun teruskan perniagaan saya macam biasa, tapi dalam hati macam nak..
Jadi pada suatu hari, saya berniaga di suatu mall yang sangat terkenal di Jb, waktu itu juga saya dipelawa ke pentas untuk menyanyikan beberapa lagu bersama dengan artis jemputan dari indonesia, sejurus je saya tamat bernyanyi, saaya sambung lah berniaga, tanpa perasan, penyanyi atau vocalist dari indonesia tersebut datang pada saya dan menyatakan hal yang sama seperti event organizer yang berada di pontian tersebut,, “awak patutnya ada band” jadi nak dijadikan cerita keinginan saya untuk terbuka hati untuk ada band sendiri apabila ibu saya datang untuk support perniagaan saya, dia namapk disitu ada pentas, dan dia berkata pada saya satu ayat yang sampai harini saya ingat “tempat kau bukan dekat sini which is berniaga, tempat kau disitu,” dia menunjukkan jarinya tepat kearah pentas besar tu, lalu saya cuma tersenyum dan saya kata, “alah mak ni jangan merapek lah”
Inilah detik detik yang sayaa tak tau nak ceritakan, yang mana pada suatu hari sya dapat satu panggilan daripada event organizer yang saama di pontian untuk meminta saya menyertai tapak event yang akan berlangsung di kluang waktu itu, jadi dalam minggu yang sama saya pergi ke kluang untuk tengok show, waktu itu, saya lagi sekali ditarik untuk naik di pentas untuk menyapaikan beberapa buah lagu, dan saya tak tau mana datang keberanian saya waktu itu saya mengajak semua untuk sing a long dan mashaallah waktu itu diberikan sambutan yang sangat best bagi saya, dan setelah selesai menyayi, saya pun turun ke bawah untuk menyaksikan show yang disediakan oleh pihak event, apabila saya terlihat satu band yang sangat terkenal dengan namanya “kartika” merupakan cover band ketika itu, tersentap di dalam hati saya, why not saya baut seperti mereka.
akhir cerita terciptanya band “Jiwa Band” balik dari show tu saya terus contact number organizer yang akan buat event di kluang pada 3 minggu akan datang, bukan untuk berniaga tapi timbul satu persoalan yang mana “boleh tak kalau saya nak bawak band saya untuk buat show di event tu?” dan alhamdulillah kami diberikan peluang tetapi ada satu masalah yang masa mereka menyakan, “apa nama band”? saya terkedu dan secara spontan saya menjawab “jiwa band” dan diterima oleh pihak penganjur tersebut dan paling best dekat sini, bandmate saya daripada dulu saya meminta mereka untuk join band, daripada mereka enggan secara tiba tiba mereka jadi onzzzzz… jadi disitulah perjalanan band “jiwa band” menciptakan memori, pahit, bahagaia, sehinggalah sekarang.. jadi itulh cerita yang dijanjikan oleh daenee untuk anda semua berkenaan band daenee dan perjalanan hidup Daenee sebagai seorang penyanyi!
No Comment! Be the first one.