‘Isteri Beraya Di Sarawak, Saya Jaga Ibu, Pak Cik Sakit’
PETALING JAYA – Tiada perkongsian gambar atau beraya bersama, itu bukan penentu rumah tangga sudah berkecai. Demikian penegasan pelakon juga pengacara Fikry Ibrahim berhubung dakwaan keberantakan...
PETALING JAYA – Tiada perkongsian gambar atau beraya bersama, itu bukan penentu rumah tangga sudah berkecai.
Demikian penegasan pelakon juga pengacara Fikry Ibrahim berhubung dakwaan keberantakan perkahwinannya dengan isteri, Siti Khalizah Alihan.
Menurut Fikry, dia dan isteri sebenarnya sepakat untuk tidak berkongsi foto bersama dalam media sosial bagi menjaga privasi.
Fikry atau nama lengkapnya Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim, 32, mengakui agak terkejut apabila spekulasi tersebut bertebaran semula namun memilih untuk tidak cepat melatah.
“Itu semua hanya spekulasi (rumah tangga retak). Semuanya kerana kami tidak berkongsi gambar bersama.
“Kalau anda semua boleh lihat, kali terakhir saya berkongsi foto dengan ibu. Adakah itu menunjukkan saya bergaduh dengan ibu saya? Tidak juga.
“Saya dan isteri berasakan lebih baik untuk tidak berkongsi gambar bersama. Saya agak terkejut bila ada lagi khabar angin (kisah rumah tangga) ini, disebabkan itu saya ketawa saja,” katanya kepada Kosmo! Online pada tayangan perdana filem Libang Libu, semalam.
Tambah pelakon filem Takluk: Lahad Datu itu, keputusan untuk membataskan perkongsian foto peribadi merupakan prinsip yang dipegangnya untuk menjaga privasi rumah tangga.
Baca Lanjut di Kosmo
No Comment! Be the first one.