Betulkah Nasi Putih Tidak Sihat Berbanding Nasi Perang?
Nasi putih yang menjadi makanan ruji rakyat Malaysia sebenarnya tidaklah seburuk yang sering diperkatakan, namun pengambilannya perlu dikawal bagi mengelakkan risiko kesihatan jangka panjang. Menurut...
Nasi putih yang menjadi makanan ruji rakyat Malaysia sebenarnya tidaklah seburuk yang sering diperkatakan, namun pengambilannya perlu dikawal bagi mengelakkan risiko kesihatan jangka panjang.
Menurut laporan daripada HuffPost, persepsi bahawa nasi putih “tidak sihat” adalah terlalu umum dan tidak mengambil kira konteks pemakanan secara keseluruhan.
Nasi putih merupakan beras yang telah diproses dengan membuang lapisan luar seperti bran dan germ, menyebabkan ianya kurang serat, kurang vitamin dan mineral
Namun begitu, ia masih menjadi sumber tenaga utama kerana kandungan karbohidrat yang tinggi.
Pakar pemakanan menjelaskan bahawa nasi putih tidak semestinya berbahaya, tetapi ia kurang berkhasiat berbanding beras perang atau bijirin penuh. (Healthline)
Risiko Jika Diambil Berlebihan
Antara kebimbangan utama berkaitan nasi putih ialah Indeks glisemik (GI) yang tinggi dan boleh menyebabkan kenaikan gula dalam darah dengan cepat
Kajian menunjukkan pengambilan nasi putih dalam jumlah besar secara konsisten boleh dikaitkan dengan peningkatan risiko diabetes jenis 2. (Healthline)
Namun, pakar menegaskan bahawa nasi putih sahaja bukan punca utama sebaliknya ia bergantung kepada gaya pemakanan keseluruhan dan tahap aktiviti harian
Walaupun sering dibandingkan dengan nasi perang, nasi putih tetap mempunyai kelebihan tertentu iaitu mudah dihadam, sesuai untuk individu yang mengalami masalah pencernaan dan memberi tenaga segera kepada tubuh.
Dalam sesetengah kes, doktor malah mengesyorkan nasi putih dalam diet rendah serat bagi membantu sistem penghadaman berehat. (Healthline)
Pakar menyarankan beberapa langkah untuk menjadikan pengambilan nasi putih lebih seimbang iaitu gabungkan dengan sayur dan protein, kawal saiz hidangan dan elakkan makan secara berlebihan setiap hari
Pendekatan ini membantu mengurangkan kesan lonjakan gula dalam darah.
Nasi putih bukan musuh kesihatan tetapi ia juga bukan pilihan paling berkhasiat jika diambil secara berlebihan. Kunci utama adalah keseimbangan.
Dengan cara pemakanan yang betul, nasi putih masih boleh menjadi sebahagian daripada diet sihat tanpa menjejaskan kesihatan.
Sumber:
HuffPost serta rujukan kajian pemakanan dan kesihatan antarabangsa.
No Comment! Be the first one.