Joy Ngiaw menang Anugerah Emmy
KUALA LUMPUR: Komposer kelahiran Malaysia, Joy Ngiaw mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori Pengarahan Muzik dan Komposisi Terbaik, Anugerah Emmy bagi Program Animasi...
KUALA LUMPUR: Komposer kelahiran Malaysia, Joy Ngiaw mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori Pengarahan Muzik dan Komposisi Terbaik, Anugerah Emmy bagi Program Animasi menerusi hasil kerjanya dalam siri animasi WondLa yang disiarkan di platform penstriman Apple TV+.
Beliau berkongsi berita kejayaannya menerusi hantaran di Instagram selepas berlangsungnya Children’s & Family Emmy Awards di Lincoln Center, New York, Amerika Syarikat pada 1 dan 2 Mac lepas.
Berikutan pencapaian itu, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) turut menzahirkan ucapan tahniah menerusi satu hantaran di media sosial.
Menurut FINAS, kejayaan Ngiaw membuktikan bahawa bakat kreatif Malaysia mampu mencipta impak besar di peringkat antarabangsa sekali gus mengangkat nama negara dalam industri kandungan global.
“Kejayaan ini sekali lagi membuktikan bahawa bakat kreatif Malaysia mampu mencipta impak di pentas antarabangsa serta terus mengangkat nama negara dalam industri kandungan global.
“Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada generasi baharu penggiat seni untuk terus berkarya dan menempa kejayaan,” menurut kenyataan itu.
No Comment! Be the first one.