Infaq Jumaat diinspirasikan TMJ
Johor Bahru- Inisiatif Program Infaq Jumaat Johor ialah hasil ilham DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor. Pelaksanaannya kini telah berjaya memberi manfaat kepada lebih kurang 400,000...
Johor Bahru- Inisiatif Program Infaq Jumaat Johor ialah hasil ilham DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor. Pelaksanaannya kini telah berjaya memberi manfaat kepada lebih kurang 400,000 jemaah di seluruh negeri ini.
Dengan jumlah peruntukan sebanyak RM1.716 juta daripada Pejabat Menteri Besar Johor, setiap masjid dan surau pada hari Jumaat yang terpilih telah menerima RM1,000 bagi menyediakan jamuan kepada para jemaah sebagai medium bagi mengukuhkan budaya berinfaq dalam kalangan masyarakat.
Menteri Besar Johor, Dato’ Onn Hafiz Bin Ghazi berkata, ramai melihat DYAM Tunku Mahkota Ismail hanya melalui ketegasan Tuanku dalam mempertahankan standard bola sepak tetapi jika dilihat secara lebih menyeluruh, visi Tuanku terhadap Johor sebenarnya melangkaui sukan semata-mata, ia meliputi pendidikan, pembangunan belia, ekonomi yang lebih kukuh serta kesejahteraan rakyat.
“TMJ sentiasa meletakkan tanda aras yang tinggi untuk JDT. Penanda aras yang sama diletakkan terhadap kepimpinan negeri, termasuk saya sendiri, barisan EXCO serta kepimpinan Pegawai Tadbir Negeri Johor (JCS). Tuanku sering mengingatkan bahawa amanah memimpin negeri ini bukan sekadar soal jawatan, tetapi tanggungjawab untuk bekerja lebih keras, berfikir lebih jauh dan memastikan setiap dasar benar-benar memberi manfaat kepada rakyat, “katanya.
“Ramai juga mungkin tidak mengetahui bahawa Infaq Jumaat Johor, yang kini memberi manfaat kepada ratusan ribu rakyat setiap munggu, turut diinspirasikan oleh keprihatinan Tuanku terhadap golongan yang memerlukan, “jelasnya.
No Comment! Be the first one.