100 anak yatim dan asnaf dirai bersama UDA
UDA Holdings Berhad (UDA), peneraju pembangunan hartanah dan pengurusan aset yang juga agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyemarakkan Ramadan dengan menjalankan...
UDA 2026 di Angsana Johor Bahru Mall, di sini, hari ini.

Seramai 100 anak-anak yatim dan asnaf daripada Rumah Perlindungan Fitrah Qaseh Johor diraikan dengan dibawa membeli belah pakaian dan kelengkapan Aidilfitri bernilai RM350 setiap seorang.
Lebih bermakna, mereka turut bersama-sama menikmati jamuan berbuka puasa yang disediakan selain menerima kuih raya sebagai tanda ingatan.
YBrs. Puan Radziah Mohamed Fadzil, Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan UDA berkata, “Program UDA yang dilaksanakan menerusi anak syarikat, UDA Angsana Sdn. Bhd. bersama UDA Land (South) Sdn. Bhd. ini merupakan aktiviti tahunan yang dijalankan sejak 2021.

Semoga kegembiraan yang dirasai ini terus menjadi inspirasi dan penguat semangat untuk UDA terus berkongsi rezeki kepada mereka yang memerluka” katanya.
No Comment! Be the first one.