Malaysia Airlines batal penerbangan
Kuala Lumpur: Malaysia Airlines (MAS) membatalkan beberapa penerbangan antara antara Kuala Lumpur (KUL) dan Doha (DOH), Jeddah (JED), serta Madinah (MED) pada 28 Februari dan 1 Mac 2026, susulan...
Kuala Lumpur: Malaysia Airlines (MAS) membatalkan beberapa penerbangan antara antara Kuala Lumpur (KUL) dan Doha (DOH), Jeddah (JED), serta Madinah (MED) pada 28 Februari dan 1 Mac 2026, susulan penutupan ruang udara di beberapa bahagian di Timur Tengah.
Ini sebagai langkah berjaga-jaga, berikutan perkembangan keselamatan serantau yang semakin meningkat ketika ini.
Berikut ialah beberapa penerbangan yang dibatalkan MH156, 28 Feb, 2026 (KUL–JED), MH158, 28 Feb, 2026 (KUL–MED), MH159 – 28 Feb, 2026 (MED–KUL), MH161 – 28 Feb, 2026 (DOH-KUL), MH164/MH165 – 1 Mac 2026 (DOH–KUL).

Dalam satu kenyataan di media sosial, syarikat penerbangan itu memaklumkan penumpang yang terjejas sedang dimaklumkan dan diberi bantuan dengan pengurusan perjalanan alternatif sekiranya diperlukan.
No Comment! Be the first one.