Dividen baharu KWSP 2025
Kuaala Lumpur: Kadar dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak 6.15 peratus akan turut dikreditkan ke Akaun Fleksibel (Akaun 3) berdasarkan baki akaun tersebut, kata Ketua Pegawai...
Kuaala Lumpur: Kadar dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak 6.15 peratus akan turut dikreditkan ke Akaun Fleksibel (Akaun 3) berdasarkan baki akaun tersebut, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Zulqarnain Onn.
Beliau berkata, pembayaran dividen adalah berdasarkan baki dalam akaun masing-masing, sama ada Akaun Persaraan (Akaun 1), Akaun Sejahtera (Akaun 2) atau Akaun 3.

Bagi Simpanan Konvensional, kadar dividen minimum adalah 2.50%. Namun begitu, kadar dividen sebenar adalah berdasarkan prestasi pelaburan konvensional KWSP.
Kadar dividen Simpanan Shariah pula adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh syariah yang diuruskan dan dilaburkan oleh KWSP.
Penyata tahunan 2025 dan maklumat dividen anda kini tersedia di portal web i-Akaun (Ahli) dan aplikasi KWSP i‑Akaun.
No Comment! Be the first one.