Sudah gatal tangan nak tulis ni.
Assalamualaikum dan salam Maju Johor! Ramai yang kenal suara saya di radio…tapi tak semua kenal siapa saya di sebalik mikrofon....
Assalamualaikum dan salam Maju Johor! Ramai yang kenal suara saya di radio…tapi tak semua kenal siapa saya di sebalik mikrofon. Saya DJ Ryn, anak jati Johor Bahru, Johor. Dilahirkan dan dibesarkan dengan semangat selatan yang kuat, tegas, berani dan penuh semangat setiakawan. Alhamdulillah, sudah 21 tahun saya dalam dunia penyiaran. Dari suara yang mungkin dulu kedengaran muda dan bergetar, sehinggalah hari ini lebih matang dan berpengalaman. Dunia radio ajar saya tentang disiplin, konsisten dan paling penting keikhlasan dalam berkomunikasi. Pernah juga saya diberi rezeki untuk meraih anugerah dalam industri, satu pengiktirafan yang cukup bermakna buat perjalanan panjang ini.
Suara inilah ramai yang kenali saya di Best FM. Dengan suara inilah, saya berada disini dan melakar kejayaan tersendiri. Syukur dengan apa yang saya ada. Banyak lagi DJ Ryn nak kongsi dengan peminat di dalam blog ini. Sudah gatal tangan nak tulis ni. Hehe! Kena nantikan apa yang surprise. Yang rindukan suara DJ Ryn, jangan lupa untuk bersama saya ke udara pada setiap hujung minggu dalam Best Retro bermula 8 malam hingga 12 tengah malam.
No Comment! Be the first one.