Salam Kenal Semua, Assalamualaikum Dunia
Hai nama saya ialah Aiman Sabri. Menjadi penyampai radio sebenarnya sudah agak lama....
Hai nama saya ialah Aiman Sabri. Menjadi penyampai radio sebenarnya sudah agak lama. Saya memulakan kerjaya sebagai sebagai penyampai radio sejak zaman belajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) lagi. Semua ini bermula dari tahun 2011. Untuk pengalaman dalam penyiaran radio, saya telahpun bertugas di beberapa stesen radio swasta sebelum ini hinggalah ke Best FM sekarang. Banyak pengalaman berharga yang saya lalui dan saya amat bersyukur dengan apa yang saya lalui. Saya seorang yang kalau sekali borak terus jadi geng lepak walaupun muka nampak garang. Garang tak? Hehe. Tentang aktiviti jika saya tidak ke udara, biasanya saya layan menyanyi. Kira kaki karok dan suka live karaoke di aplikasi media sosial Tiktok! Benda ni buat saya seronok selain dapat berinteraksi dengan orang ramai juga. Selain karaoke, saya juga suka bersukan. Aktiviti sukan yang saya minat ialah badminton, ping pong dan sekarang tengah syok pickleball. Amacam bole jadi atlet sukan tak?
Tidak hanya di radio, saya juga pernah mencuba nasib dalam bidang seni lakonan tau. Saya rasa excited nak share dengan korang semua. Drama ke? Filem ke? Yang itu kena tunggu. Saya akan tulis pada blog yang akan datang ye. Kalau korang nak terus dengar celoteh saya di corong radio, jangan lupa untuk dengar Best Nite Talk setiap Isnin hingga Jumaat bermula jam 8 malam sehingga 12 tengah malam. Jangan lupa temujanji kita. Peace!
No Comment! Be the first one.