“ASAP’ Free Punca Ieqa Geram..?
Assalammualaikum Gais….. This Week Ieqa nak update sikit story yang tak berapa best. Bukan nak lepas geram, just nak ingatkan untuk semua supaya lebih berhati-hati. hari tu masa makan dekat...
Assalammualaikum Gais….. This Week Ieqa nak update sikit story yang tak berapa best. Bukan nak lepas geram, just nak ingatkan untuk semua supaya lebih berhati-hati. hari tu masa makan dekat kedai dengan family, so ada lah table sebelah ni husband and wife bersama dengan 2 anak diaorang dah settel makan. Tengah Ieqa & family makan tiba2 si husband yang sebelah table Ieqa tu, dia boleh plak merokok. Kan dekat kedai makan dilarang merokok!!! Tapi dia selamba duduk je kat situ dan terus merokok. Yang jadi masalahnya, asap tu bukan duduk dekat dia seorang. Asap tu bergerak satu kedai! 😮💨 Ieqa tengah makan dengan family, anak-anak pun ada… memang terus rasa tak selesa. Lagi-lagi bila makanan tengah sedap, tiba-tiba bau asap rokok pula yang masuk hidung. Hilang terus mood nak makan! Ieqa faham mungkin bagi sesetengah orang, merokok tu dah jadi kebiasaan. Tapi bila kita berada di kedai makan atau tempat awam, kita kena fikir juga pasal orang sekeliling. Bayangkan kalau meja sebelah ada bayi, kanak-kanak, orang tua atau orang yang memang tak tahan dengan asap rokok? Bukan soal nak marah atau nak cari salah sesiapa. Cuma hormatlah hak orang lain untuk makan dalam suasana yang selesa. Kalau memang nak merokok, keluarlah ke kawasan yang dibenarkan. Tak rugi pun ambil masa beberapa minit. Sebab bagi kita mungkin, “Alaaa sebatang je…” Tapi bagi orang lain, asap tu boleh ganggu satu meja, malah satu kedai. So Gais… Ieqa share bukan sebab nak kecam sesiapa. Cuma sebagai peringatan — common sense dan hormat orang sekeliling tu penting. ❤️
Kita jaga keselesaan orang, orang pun akan jaga keselesaan kita. ✌🏻
No Comment! Be the first one.