Netizen Dilantik Jadi Perunding Perkahwinan
Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob terbuka menerima pandangan daripada netizen memberi sebarang cadangan untuk majlis perkahwinannya dengan usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida yang bakal...
Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob terbuka menerima pandangan daripada netizen memberi sebarang cadangan untuk majlis perkahwinannya dengan usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Menurut Fazley, dia dan Vida menerima pelbagai cadangan dan cetusan idea daripada netizen berkaitan majlis perkahwinan sejak berkongsi secara terbuka mengenai hubungan cinta dalam media sosial.
“Tempoh hari, secara tidak sengaja ketika bersiaran langsung, ramai netizen mencadangkan tarikh dan tempat (untuk majlis perkahwinan).
“Jadi, Vida secara berseloroh berkata, mengapa tidak netizen jadi perancang perkahwinan?
“Cadangkanlah kepada kami ya netizen, kalian dilantik menjadi perancang perkahwinan,” katanya dalam sebuah video.
Ujarnya, perkara tersebut adalah kerana merasakan sebahagian kehidupan kekasihnya itu adalah milik netizen dan setiap hal dilakukan perlu melibatkan orang ramai.
“Saya adalah selebriti kepunyaan masyarakat tetapi DSV milik netizen. Beberapa kali diberi amaran oleh netizen agar menjaga Vida baik-baik, jangan lukakan hati dan pastikan semuanya terjadi (nikah).
Sumber : Kosmo
No Comment! Be the first one.