Johor Terus Tingkat Kualiti Perumahan Rakyat
Kerajaan Johor memperuntukkan RM50 juta bagi melaksanakan projek menaik taraf flat awam di seluruh negeri sebagai usaha meningkatkan kualiti kediaman dan kesejahteraan hampir 46,772 penduduk,...
Kerajaan Johor memperuntukkan RM50 juta bagi melaksanakan projek menaik taraf flat awam di seluruh negeri sebagai usaha meningkatkan kualiti kediaman dan kesejahteraan hampir 46,772 penduduk, khususnya golongan B40. Projek ini melibatkan kerja-kerja mengecat flat kos rendah, flat kos sederhana rendah swasta dan flat awam di 26 lokasi di bawah empat pihak berkuasa tempatan (PBT).
Program yang diselaraskan oleh Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor (PKPJ) bersama Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor itu membabitkan 170 blok dengan 11,693 unit kediaman di bawah seliaan MBJB, MBIP, MBPG dan MPKu. Kerajaan Negeri turut memberi jaminan bahawa setiap projek akan dipantau bagi memastikan kerja dilaksanakan mengikut spesifikasi serta memberi keselesaan dan keselamatan kepada penduduk.
Sementara itu, projek mengecat Pangsapuri Desa Muafakat, Larkin yang bermula pada 15 Jun dijadual siap pada 16 September. Projek bernilai lebih RM3.56 juta itu kini mencatat kemajuan fizikal 34.06 peratus. Terdahulu, Menteri Besar Johor, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, bersama YB Dato’ Mohd Jafni Md Shukor meninjau perkembangan projek bagi memastikan pelaksanaannya berjalan lancar dan memberi manfaat kepada rakyat.
Foto kredit: Media Digital Johor
No Comment! Be the first one.