‘WEEKEND’ YANG BEST
Hujung minggu lepas kami sekeluarga besar memilih untuk luangkan masa bersama kat Lata Seri Pulai, Kampung Melayu Raya, Pekan Nenas, Pontian. Sesekali dapat lari daripada kesibukan rutin harian dan...
Hujung minggu lepas kami sekeluarga besar memilih untuk luangkan masa bersama kat Lata Seri Pulai, Kampung Melayu Raya, Pekan Nenas, Pontian. Sesekali dapat lari daripada kesibukan rutin harian dan menikmati keindahan alam ni memang seronok dan tenang

Apa yang paling menarik, kawasan kat Lata Seri Pulai ni bersih dan selesa untuk berkelah bersama keluarga. Kami bawa sendiri bekalan makanan dari rumah secara ‘potluck’. Jadi lebih menjimatkan dan boleh menikmati hidangan sambil bersantai sementara anak-anak mandi manda dan bermain air. Manakala mak-mak dan ayah-ayah ambil peluang ni berbual serta mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Boleh juga bawa set meja kerusi ‘healing’ dan sewa kanopi pun ada disediakan kat sini.


Alhamdulillah, satu lagi hujung minggu yang penuh dengan gelak ketawa juga kenangan manis dan masa berkualiti bersama keluarga.
‘Next plan’ nak kemana pulak kita ye?

No Comment! Be the first one.