Pengurusan Haji Malaysia Terus Diiktiraf Antara Terbaik Dunia
Operasi Haji 1447 Hijrah melabuhkan tirainya hari ini dengan ketibaan kumpulan terakhir seramai 258 jemaah Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Menteri di Jabatan Perdana...
Operasi Haji 1447 Hijrah melabuhkan tirainya hari ini dengan ketibaan kumpulan terakhir seramai 258 jemaah Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, keseluruhan perjalanan ibadah haji tahun ini berlangsung dengan lancar walaupun berdepan ketidaktentuan geopolitik di Asia Barat. Beliau memaklumkan kerajaan bersyukur kerana semua jemaah dapat menunaikan ibadah dan kembali ke tanah air dengan selamat tanpa sebarang pertambahan kos.
Menurut beliau, kerajaan bertindak pantas menubuhkan jawatankuasa khas sejurus menerima laporan mengenai konflik di rantau berkenaan bagi memantau situasi semasa dan menyelaras langkah mitigasi yang diperlukan. Kerjasama erat antara kerajaan, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Lembaga Tabung Haji (TH) serta pelbagai agensi berkaitan berjaya memastikan pengurusan haji berjalan teratur. Kejayaan itu turut mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila Malaysia menerima Anugerah Labaitum Diamond Award atas kecemerlangan pengurusan haji yang diiktiraf antara terbaik di dunia.
Zulkifli turut menzahirkan penghargaan kepada petugas TH, Kementerian Kesihatan, syarikat penerbangan dan agensi lain yang memainkan peranan penting sepanjang musim haji. Beliau berkata, disiplin tinggi jemaah hasil latihan serta kursus yang dianjurkan TH turut menyumbang kepada kelancaran operasi. Bagi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan, TH akan melaksanakan penilaian menyeluruh selepas musim haji selain meneruskan pelbagai inisiatif baharu seperti sistem MyNIS, kemudahan penginapan yang lebih selesa, perkhidmatan bas 24 jam, pasukan bantuan ‘Semut Hitam’, perkhidmatan kaunseling dan program Haji Lestari.
Foto Kredit: Berita Harian
No Comment! Be the first one.