Mengenang Yang Pergi, Menghargai Yang Masih Ada.
Assalamualaikum dan salam Jumaat yang barakah, Masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada semua yang bergelar ayah, abah, bapa, daddy, walid, dada, papa dan walau apa jua...
Assalamualaikum dan salam Jumaat yang barakah,
Masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada semua yang bergelar ayah, abah, bapa, daddy, walid, dada, papa dan walau apa jua panggilan yang penuh makna. Terima kasih atas kasih sayang, pengorbanan, didikan serta segala usaha yang dicurahkan demi keluarga tercinta.
Khas buat arwah abah tersayang, Almarhum Hj Hassan bin Hj Kamat, walaupun abah sudah tiada di sisi, jasa pengorbanan dan kasih sayang abah akan sentiasa terpahat dalam hati kami. Al Fatihah buat abah, semoga ditempatkan dalam kalangan insan yang beriman dan beramal soleh.

Terima kasih juga buat ayah mertua, En. Bunajis bin Ngadiman, yang sentiasa menjadi tempat bergantung dan pengganti kasih seorang ayah selepas pemergian abah. Kehadiran ayah amat bermakna dalam kehidupan kami sekeluarga.
Istimewa buat suami tercinta, Mohd Izhar bin Bunajis atau lebih mesra dipanggil Yai @ Abang Pisang oleh orang Kampung Melayu Majidee. Terima kasih kerana menjadi ayah yang penyayang, sabar, tabah dan sentiasa berusaha mencari rezeki untuk keluarga. Jangan muka ketat sangat cari rezeki tu, senyum-senyum sikit ya!
Tidak dilupakan buat adik tersayang, Abdul Halim bin Hj Hassan, serta seluruh ahli keluarga, sahabat handai dan kenalan yang bergelar ayah. Semoga kalian terus diberikan kesihatan, kekuatan dan kebahagiaan dalam mendidik serta membesarkan amanah yang dikurniakan Allah SWT.
“Seorang ayah mungkin tidak selalu melafazkan kasih sayangnya, tetapi setiap pengorbanannya adalah bukti cinta yang tidak pernah bertepi.”
Sekian, sahaja cerita minggu ni. Jumpa lagi minggu depan, In shaa Allah.
No Comment! Be the first one.