PeSAWAH:Harga Diesel Turun Belum Jamin Kos Membajak dan Menuai Menyusut.
Pengumuman kerajaan menurunkan harga diesel kepada RM2.10 seliter mulai bulan depan belum menjamin kos perkhidmatan pertanian seperti membajak dan menuai akan berkurangan dalam masa terdekat....
Pengumuman kerajaan menurunkan harga diesel kepada RM2.10 seliter mulai bulan depan belum menjamin kos perkhidmatan pertanian seperti membajak dan menuai akan berkurangan dalam masa terdekat. Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH), Abdul Rashid Yob, berkata kadar upah yang meningkat selepas pelaksanaan penyasaran subsidi diesel sukar diturunkan serta-merta kerana pengusaha jentera telah lama menanggung kos operasi yang tinggi.
Menurut beliau, kebanyakan operator jentera sebelum ini membeli diesel pada harga pasaran yang lebih mahal, menyebabkan mereka terpaksa menaikkan kadar perkhidmatan bagi menampung perbelanjaan operasi. Katanya, apabila kadar upah membajak dan menuai sudah dinaikkan, ia bukan mudah untuk dikurangkan dalam tempoh singkat walaupun harga diesel kini diturunkan.
Abdul Rashid berkata, penurunan kos hanya berpotensi berlaku sekiranya harga diesel baharu itu dapat dikekalkan dalam jangka masa panjang dan manfaatnya benar-benar dinikmati pengusaha jentera pertanian. Beliau turut berharap kerajaan memperkenalkan mekanisme yang berkesan bagi memastikan subsidi diesel sampai kepada operator jentera, selain mewujudkan persaingan sihat dalam kalangan penyedia perkhidmatan pertanian supaya pesawah dapat menikmati kadar perkhidmatan yang lebih kompetitif.
Foto Kredit: Berita Harian
No Comment! Be the first one.