Piala Dunia 2026: Prestasi hambar Ronaldo cetus persoalan, Portugal seri 1-1 dengan DR Congo
Prestasi kurang meyakinkan kapten Portugal, Cristiano Ronaldo, ketika seri 1-1 menentang Republik Demokratik Congo (DR Congo) dalam aksi Kumpulan K Piala Dunia 2026 mencetuskan persoalan mengenai...
Prestasi kurang meyakinkan kapten Portugal, Cristiano Ronaldo, ketika seri 1-1 menentang Republik Demokratik Congo (DR Congo) dalam aksi Kumpulan K Piala Dunia 2026 mencetuskan persoalan mengenai peranan semasanya dalam skuad kebangsaan.
Penyerang berusia 41 tahun itu, yang membuat penampilan keenam di pentas Piala Dunia – rekod yang turut dikongsi Lionel Messi gagal memanfaatkan dua peluang terbaik pada babak kedua apabila percubaannya dari jarak dekat tersasar.
Portugal terpaksa berpuas hati dengan satu mata, manakala DR Congo mencatat penampilan pertama di Piala Dunia selepas penantian lebih lima dekad.
Kegagalan Ronaldo menyempurnakan peluang itu turut mengundang reaksi kecewa dalam kalangan rakan sepasukan, termasuk Bruno Fernandes yang berada dalam posisi lebih baik ketika salah satu peluang tersebut tercipta.
Statistik perlawanan juga menunjukkan Ronaldo hanya melakukan 25 sentuhan, paling sedikit dalam kalangan pemain Portugal yang beraksi lebih 45 minit.
Jurulatih Portugal, Roberto Martinez bagaimanapun mempertahankan pemain itu dan menegaskan Ronaldo tidak menerima sokongan mencukupi daripada rakan sepasukan.
“Kami perlu memanfaatkan semua pemain di atas padang. Penyerang utama perlu berada berhampiran kawasan enam ela dan kami harus menghantar bola kepadanya,” katanya.
Baca Lanjut di www.astroawani.com
No Comment! Be the first one.