TENANG IS ‘GOOD’
Assalamualaikum again geng.. Kali ni Aiman is back! Sebenarnya entri kali ni lebih kepada nak bagi semangat untuk sesiapa je kat luar sana yang mungkin diuji, teruji dan mungkin cuba menguji.. Guys,...
Assalamualaikum again geng..
Kali ni Aiman is back! Sebenarnya entri kali ni lebih kepada nak bagi semangat untuk sesiapa je kat luar sana yang mungkin diuji, teruji dan mungkin cuba menguji..
Guys, kita semua ni hidup ada matlamat betul? Jadi setiap yang kita nak capai, mesti akan ada halangannya, ada liku-likunya..

Sebagai manusia biasa, kita mesti kena berdepan dengan ujian ni, nak tak nak tetap kena hadap.. Dan, bila diuji, kita tengok macam mana cara kita nak handle situasi ujian tu. Ada orang dia diam, ada orang dia lepaskan dengan kemarahan. Cara pertama, adalah cara yang terbaik! Diam bukan bererti kalah.. Diam juga cara yang Aiman kerap kali gunakan untuk ambil masa fikir sejenak, tapi jangan lama-lama nanti otak senak 🤣.

Tau apa yang perlu kita fikir masa kita diuji? Fikir yang kat dunia ni, ADA ORANG LAIN YANG LEBIH TERUK UJIANNYA BERBANDING KITA. Dan bila diuji, percayalah itu tanda Allah ada dengan kita..
Jadi, jika diuji, Aiman nak bagitau yang anda tak bersendirian.. Ambil masa untuk diam, pergi ambil wuduk, bentangkan sejadah dan solat.. Kemudian, berdoalah guys.. Doa, senjata kita.. Allah nak kita dekat dengan Dia saat diuji..
Masa kena uji, bila boleh maintain tersenyum, awak orang hebat!

Ingat, Tenang is GOOD.. tiada yang GOOD akan datang kat kita jika kita lepaskan kemarahan kita kerana diuji..
Kepada awak yang membaca, saya doakan moga Allah permudahkan segala yang sulit ok? Bismillah..
yang insha Allah menenangkan,
Aiman BESTFM
No Comment! Be the first one.