Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia
Pelakon veteran ternama tanah air, Jalil Hamid menghembuskan nafas terakhir pada 12.30 tengah hari tadi. Berita duka pemergian seniman berusia 69 tahun itu disahkan anak Allahyarham, Afiqah Jalil di...
Pelakon veteran ternama tanah air, Jalil Hamid menghembuskan nafas terakhir pada 12.30 tengah hari tadi.
Berita duka pemergian seniman berusia 69 tahun itu disahkan anak Allahyarham, Afiqah Jalil di akaun Instagram.
Menurut Afiqah, bapanya meninggal dunia selepas tertidur usai menunaikan solat Subuh.
Kata Afiqah, Allahyarham ditemui tidak sedarkan diri oleh ibunya ketika masuk ke bilik tidur sebelum disahkan meninggal dunia di rumah.
Dalam hantaran InstaStory juga, Afiqah berkata, jenazah Allahyarham bapanya akan disolat di Masjid Al Munawwarah, Shah Alam sebelum dijangka dikebumikan selepas solat Asar di Tanah Perkuburan USJ 21, Subang Jaya, hari ini.
Media sebelum ini melaporkan, Allahyarham mempunyai sejarah masalah jantung dan pernah menjalani rawatan berkala.
Allahyarham Jalil merupakan antara seniman popular yang aktif dalam gelanggang lakonan dan nyanyian sejak lebih empat dekad lalu.
Antara lakonan Allahyarham yang meninggalkan kesan kepada penonton ialah filem Bisik Pada Langit dan Wanita Bertudung Hitam.
No Comment! Be the first one.