Rehat Sejenak, Syukur Selamanya…
Hari ini, 1 Mei sempena Hari Pekerja, DJ Ryn mengambil sedikit ruang untuk bercuti seketika daripada rutin harian di radio. Selamat bercuti sempena Hari Pekerja! Tugas di pentas dan di studio bukan...
Hari ini, 1 Mei sempena Hari Pekerja, DJ Ryn mengambil sedikit ruang untuk bercuti seketika daripada rutin harian di radio. Selamat bercuti sempena Hari Pekerja! Tugas di pentas dan di studio bukan sekadar menyampaikan kata, tetapi menghidupkan suasana, menyusun emosi dan memastikan setiap detik berjalan dengan penuh makna. Dalam setiap acara, ada tanggungjawab besar yang digalas sebagai penghubung bicara.

Cuti ini bukan sekadar rehat, tetapi peluang untuk mengisi masa dengan perkara yang lebih bermakna. Masa yang ada dimanfaatkan sepenuhnya bersama keluarga, sambil dalam masa yang sama tetap menyusun dan menyiapkan tugasan-tugasan yang masih belum selesai. Itulah realiti seorang yang mencintai kerjanya cuti tetap produktif, rehat tetap berisi.
Alhamdulillah, sepanjang mengemudi segmen Best Retro Vibes setiap Sabtu & Ahad 8malam-12 tengah malam, mengendalikan podcast Meh Dengo Jap, hinggalah ke pelbagai tanggungjawab lain yang berjaya dilaksanakan dengan penuh dedikasi. Setiap amanah digalas sebaik mungkin, dengan keikhlasan sebagai tunjang utama yang tidak pernah berkira soal masa, tenaga, apatah lagi wang ringgit. Semuanya dilakukan kerana Allah demi memberikan yang terbaik dalam setiap usaha.

Terima kasih Best FM di atas peluang, ruang dan kepercayaan ini. Dalam kesibukan mengejar komitmen kerja, kebahagiaan sebenar tetap kembali kepada keluarga. Tidak perlu dihuraikan panjang, cukup sekadar diketahui bahawa di situlah tempat paling tenang untuk kembali. Sokongan dan doa mereka menjadi kekuatan untuk terus melangkah lebih jauh. Dan jangan pernah lupa, dalam setiap langkah dan usaha ada tempat kita mengadu, tempat kita sujud kepada Allah yang satu. Semoga setiap usaha diberkati dan perjalanan ini terus dipermudahkan. Aamin Ya Rabbal’ alamin.
Salam Maju Johor! Jumpa lagi ek!
No Comment! Be the first one.