Aliran trafik hari pertama BDR terkawal, pergerakan kenderaan di beberapa lebuh raya utama perlahan
liran trafik pada hari pertama pelaksanaan dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) bagi sektor perkhidmatan awam hari ini dilaporkan terkawal, dengan beberapa laluan utama di Lembah Klang mengalami pergerakan...
liran trafik pada hari pertama pelaksanaan dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) bagi sektor perkhidmatan awam hari ini dilaporkan terkawal, dengan beberapa laluan utama di Lembah Klang mengalami pergerakan perlahan pada waktu puncak.
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi BERNAMA memaklumkan aliran trafik mula perlahan seawal 7 pagi berikutan pertambahan kenderaan, namun keadaan keseluruhannya masih terkawal dan tidak menunjukkan perubahan ketara berbanding hari bekerja biasa.
Beliau berkata setakat 9.20 pagi ini, antara laluan dilaporkan perlahan di Lebuhraya Utara-Selatan ialah Hospital Sungai Buloh ke Bukit Lanjan, Putra Mahkota ke Kajang dan Plaza Tol Sungai Besi ke pusat bandar.
“Aliran trafik turut dilaporkan perlahan di Lebuhraya NKVE dari persimpangan Damansara ke Damansara Utama, Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dari Bukit Rimau ke Persiaran Kewajipan serta SUKOM ke Awan Kecil, Awan Besar ke Kinrara, Sunway ke Persiaran Kewajipan dan Bandar Botanik ke Pandamaran.
“Trafik perlahan turut dikesan di Lebuhraya ELITE dari Putrajaya ke Putra Heights, USJ ke Shah Alam serta Putra Heights ke Bandar Saujana Putra dan Plaza Tol Putrajaya-Cyberjaya, manakala di Lebuhraya Grand Saga (E7) Bandar Tun Hussein Onn ke pusat bandar raya,” katanya.
Selain itu, keadaan sama dilaporkan di Lebuhraya Sungai Besi (E9) Universiti Putra Malaysia (UPM) ke Tol Mines Utara, Sungai Besi ke persimpangan Kuchai dan Salak Jaya ke pusat bandar raya serta Tol Loke Yew ke Jalan Istana. – Berita Harian
No Comment! Be the first one.