Global Sumud Flotilla 2.0 mulakan pelayaran ke Gaza
BARCELONA – Peserta Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 memulakan pelayaran dari Pelabuhan Barcelona menuju ke Gaza kira-kira jam 1 tengah hari waktu tempatan (7 malam waktu Malaysia), hari ini....
BARCELONA – Peserta Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 memulakan pelayaran dari Pelabuhan Barcelona menuju ke Gaza kira-kira jam 1 tengah hari waktu tempatan (7 malam waktu Malaysia), hari ini.
Pelepasan misi kemanusiaan itu disaksikan ribuan penyokong dari pelbagai negara yang berhimpun di Moll de la Fusta bagi mengiringi keberangkatan flotila berkenaan.
Misi tersebut bertujuan memecahkan kepungan Israel ke atas Gaza selain menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin yang berdepan krisis berpanjangan.

Suasana penuh emosi dan solidariti turut dirasai apabila laungan sokongan terhadap Palestin bergema dalam kalangan hadirin yang hadir, sebagai tanda sokongan berterusan masyarakat antarabangsa terhadap perjuangan rakyat di wilayah itu.
GSF 2.0 bukan sekadar pelayaran laut, malah merupakan sebahagian daripada gerakan lebih besar yang turut melibatkan advokasi undang-undang, kempen kesedaran serta sokongan darat di pelbagai negara.
Pelayaran ini juga bertujuan menarik perhatian dunia terhadap krisis kemanusiaan yang semakin meruncing di Gaza, selain mendesak pembukaan laluan bantuan yang lebih luas dan berterusan kepada penduduk di wilayah tersebut.
No Comment! Be the first one.