“Baru Dengar Sekali Dah Melekat!” Warganet Repeat MV Dendang Dondang Raya Best FM Berkali-Kali!
JOHOR BAHRU, 18 MAC 2026: Baru sahaja dilancarkan, muzik video “Dendang Dondang Raya” dari Best FM sudah mula mencuri perhatian ramai di YouTube. Bukan sahaja mendapat sambutan hangat, malah ruangan...
JOHOR BAHRU, 18 MAC 2026: Baru sahaja dilancarkan, muzik video “Dendang Dondang Raya” dari Best FM sudah mula mencuri perhatian ramai di YouTube. Bukan sahaja mendapat sambutan hangat, malah ruangan komen dibanjiri dengan pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya memuji keunikan lagu raya terbaru ini.
Table Of Content
Ramai yang mengakui lagu ini mempunyai aura lagu raya klasik, tetapi dengan sentuhan moden yang membuatkan ia terasa segar dan mudah melekat di telinga.
Ada juga netizen yang berkata sebaik sahaja mendengar sekali, mereka terus menekan butang repeat kerana rentaknya yang ceria dan sangat sesuai dengan suasana Aidilfitri.

“Vibe Lagu Raya Lama… Tapi Fresh!”
Antara komen yang sering muncul ialah tentang “feel lagu raya evergreen” yang dibawa oleh lagu ini.
Walaupun ia lagu raya baru, ramai yang merasakan ia mempunyai sentuhan nostalgia seperti lagu raya lama yang selalu dimainkan setiap tahun.
Tidak hairanlah ada netizen yang mula meramalkan bahawa lagu ini berpotensi menjadi lagu raya wajib setiap kali Aidilfitri.

Netizen Terkejut Dengar Suara Penyampai Best FM
Satu lagi perkara yang membuatkan ramai netizen teruja adalah gabungan suara penyampai Best FM sendiri dalam lagu ini.
Ada yang mengakui mereka tidak menyangka penyampai radio juga mampu menyanyi dengan begitu baik sehingga menghasilkan lagu raya yang begitu meriah dan bertenaga.Ditambah pula dengan kemunculan penyanyi jemputan yang memberi sentuhan vokal lebih mantap, keseluruhan lagu ini terasa lebih hidup.
Visual MV Pun Buat Orang Rasa Nak Raya Cepat!
Selain muziknya yang rancak, muzik video lagu ini juga turut dipuji kerana memaparkan suasana raya yang ceria, penuh warna dan sangat menggamit perasaan.
Ramai yang mengatakan muzik video ini membuatkan mereka terus terasa mood raya, walaupun Aidilfitri masih belum tiba.

Ada Yang Dah Siap Add Dalam Playlist Raya!
Menariknya, ada netizen yang mengaku mereka sudah pun memasukkan lagu ini ke dalam playlist lagu raya mereka tahun ini.
Dengan rentak zapin moden yang ceria serta lirik yang mudah diingati, “Dendang Dondang Raya” nampaknya semakin mendapat tempat di hati pendengar.
Jadi kalau anda belum dengar lagi lagu ini, mungkin selepas sekali dengar… anda juga akan faham kenapa ramai yang kata:
No Comment! Be the first one.