Ke mana Benjamin Netanyahu?
Baitulmaqdis: Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu memuat naik video pendek semalam, memperlekehkan khabar angin di media sosial yang mengatakan beliau sudah meninggal dunia. “Saya...
Baitulmaqdis: Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu memuat naik video pendek semalam, memperlekehkan khabar angin di media sosial yang mengatakan beliau sudah meninggal dunia.
“Saya ‘mati’ untuk kopi,” katanya secara sinis dalam video yang dimuat naik di akaun X ketika menerima secawan kopi panas di kafe luar Baitulmaqdis. Beliau menggunakan ungkapan bahasa Ibrani yang bermaksud sangat menyukai sesuatu.
Sebuah video yang didakwa memaparkan enam jari pada salah satu tangannya turut menjadi tular sehingga mencetuskan spekulasi bahawa rakaman tersebut dijana oleh kecerdasan buatan (AI) dan sebenarnya tidak memaparkan Netanyahu yang sebenar.
Dalam video sama, Netanyahu turut menggesa, rakyat Israel supaya mematuhi arahan keselamatan sekiranya berlaku serangan roket
Dalam pada itu, Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) semalam mengancam untuk membunuh Netanyahu ketika perang menentang republik Islam itu yang dipimpin Israel dan Amerika Syarikat (AS) memasuki minggu ketiga.
“IRGC berikrar untuk menjejaki dan membunuh ‘pembunuh kanak-kanak’ Netanyahu jika beliau masih hidup,” kata agensi berita Agensi Berita Republik Islam (IRNA) milik Iran dalam satu hantaran di X.
No Comment! Be the first one.