Donald Trump ugut Sepanyol
Washington: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengugut untuk memutuskan semua hubungan perdagangan dengan Sepanyol selepas negara itu tidak mahu membenarkan pesawat AS menggunakan...
Washington: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengugut untuk memutuskan semua hubungan perdagangan dengan Sepanyol selepas negara itu tidak mahu membenarkan pesawat AS menggunakan pangkalannya bagi melancarkan serangan ke atas Iran. Trump dilihat turut mengkritik Britain kerana didakwa tidak memberikan kerjasama secukupnya dalam operasi ketenteraan berkaitan. Tentera AS menggunakan pangkalan tentera laut Rota dan pangkalan udara Moron di Sepanyol.
Kerajaan berhaluan kiri Sepanyol pimpinan Perdana Menteri, Pedro Sanchez, sebelum ini menegaskan pangkalan yang sekian lama digunakan tentera AS hanya dibenarkan untuk dimanfaatkan untuk aktiviti selaras berkaitan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Dalam masa yang sama, Trump turut membangkitkan keengganan Sanchez menyertai sekutu Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dalam komitmen meningkatkan perbelanjaan pertahanan kepada lima peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), kadar peratus tersebut menjadi alasan beliau mendesak Sepanyol kerana Washington menanggung beban terlalu besar.
Trump juga menyatakan beliau tidak gembira dengan negara Britain kerana tidak menyertai serangan ke atas Iran. Perdana Menteri Britain, Keir Starmer, bagaimanapun membenarkan jet pejuang AS menggunakan dua pangkalan udara di Britain serta pangkalan bersama UK-AS di Diego Garcia di Lautan Hindi bagi tujuan pertahanan yang khusus dan terhad. Namun Starmer tidak membenarkan penggunaan pangkalan Britain di Cyprus dan salah satunya dilaporkan terkena serangan dron buatan Iran.
No Comment! Be the first one.