Eksklusif: Elak Masuk Studio Selepas Tarawih, Omar Anggap AI Sebagai Pembantu Tapi….
Omar K nama yang tidak asing lagi dalam dunia komposer ataupun pencipta muzik sememangnya cukup berpengalaman dalam industri muzik tanah air. Penciptaannya dalam kandungan muzik sentiasa mendapat...
Omar K nama yang tidak asing lagi dalam dunia komposer ataupun pencipta muzik sememangnya cukup berpengalaman dalam industri muzik tanah air. Penciptaannya dalam kandungan muzik sentiasa mendapat tempat dan perhatian sekaligus meletakkan lagu-lagu beliau ke pentas besar seperti Anugerah Juara Lagu (AJL). Ini satu pencapaian yang terbaik dalam industri. Untuk mencapai penghargaan, ini bukanlah sesuatu perkara yang mudah sebaliknya semangat berterusan perlu diterapkan dalam diri.
Sepanjang karier, banyak pencapaian beliau telah kecapi. Antara pencapaian besar apabila lagu Sumpah dinobatkan sebagai Juara Lagu nyanyian Naim Daniel menerusi Anugerah Juara Lagu ke-34.. Selain daripada itu, banyak lagu ciptaan beliau telah memikat hati pendengar. Antara lain, lagu Sengsara nyanyian Khai Bahar. Situ, lag berjudul Mainan nyanyian Naim Daniel juga menjadi taruhan di anugerah berprestij itu.
Anugerah MACP 2021

Menerusi hantaran Instagram, beliau menerima trofi Anugerah Lagu Melayu Dendangan Terbanyak dimenangi oleh lagu Sumpah ciptaan Omar K dan Naim Daniel. Manakala lirik lagu ini ditulis oleh Naim Daniel. Omar K menerima anugerah ini dan mewakili Naim Daniel pada Majlis Anugerah Music Authors Copyright Protection atau singkatannya Anugerah MACP 2021.
Pembabitan awal Omar K dalam industri muzik
Bercerita mengenai pembabitan awal Omar K dalam industri, sewaktu kecil beliau memang memiinati muzik dan pada ketika itu sudah mula berjinak-jinak bermain piano dan gitar. Disebabkan minat yang berkobar dalam muzik, beliau terus berusaha sehingga ke hari ini.
Beliau berkata, “Selepas SPM, parents kata sambung dulu belajar, lalu saya pun meneruskan belajar di peringkat A-Levels di Kolej Matrikulasi Yayasan Saad dan seterusnya di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Elektirk di Amerika Syarikat tapi sambil-sambil tu saya buat muzik juga secara separuh masa. Then, masa saya tengah buat A-Levels tu, masa tu kawan-kawan saya, ada seorang kawan saya tu dia yang menghubungkan saya dengan salah seorang kira macam musician dalam industri. So, kawan saya ni dia nampak satu website sedang mencari pemuzik baru,’katanya.
Tambahnya lagi, “Then, bermula dari situ lah mereka bagi saya peluang untuk main gitar and then lepas saya kenal dengan Azlan Abu Hassan. So, saya dari situ juga dapat belajar di bawah Azlan Abu Hassan dan saya buat connection. Antara lain, Audi Mok tu mentor kedua saya. Saya belajar lama dengan dia lah. Lima tahun kat studio dia. Walaupun belajar dalam bidang Kejuruteraan Elektrik tetapi jiwa tetap muzik,”jelasnya.
Sebagai seorang Komposer, ini perkara yang perlu diberi perhatian
Ditanya berkenaan apa perkara penting dalam dunia komposer, beliau menjawab, “Untuk nak jadi komposer ni, kita kena banyak lagu sebab tak semestinya satu lagu kita buat tu akan meletup kan. So, dia memang kena bekerja keras, kena buat banyak sangat. Mungkin dalam 50 lagu, 2-3 je yang akan hit. Dia agak sukar tapi sebab minat kan, kalau kita ada passion, memang kita akan buat juga lah. Saya punya pesanan tu lah. Kalau nak jadi komposer yang dia orang teringin nak bekerja sebagai kerjaya kan, just make sure memang itu passion lah. Bukan macam nak try, tengok macam mana boleh ke tak, ia bukan macam tu. Bukan nak cuba-cuba lah. Nak cuba-cuba, tak boleh. Sebab, it’s like a full time thing. Dia memang kena bagi sepenuh masa dan practice tu yang letih. Sebab, saya masa awal-awal buat lagu kan, rejection tu memang benda normal lah. Buat, rejected, buat, rejected. Sebab kita tak dapat lagi kan. Tak perfect lagi kan and even sampai sekarang pun banyak je demo yang kita buat bagi client tapi tak kena dijiwa, tak minat kan. So, rejection tu memang benda normal lah,”katanya.
Melihat kepada perkembangan muzik terkini, beliau berpendapat secara amnya rasa macam positif. Muzik Malaysia berkembang dengan sangat baik sebab kita tidak tertumpu hanya pada satu jenis muzik lama terutamanya sejak wujudnya dengan media sosial sekarang ini. Jadi pengaruh muzik disitu kuat. Jadinya, ramai komposer muda diluar sana akan cuba dengan benda. Beliau melihat perkara itu satu kemajuan dalam lapangan muzik tanah air Malaysia.
Cabaran mengenai kewujudan kecerdasan buatan (AI) dalam industri muzik pula, ada cabaran lain pula. Sebab bila ramai orang guna AI untuk buat lagu, dia jadi terlalu mudah untuk menghasilkan muzik. Satu keburukannya, kita akan kurang menghargai muzik. Ia seperti fast food macam cepat dan banyak tetapi tidak berkhasiat untuk jiwa . Sama seperti muzik takut mungkin kurang berkualiti. Itu salah satu cabaran dengan AI ini.
Pendapat tentang kewujudan AI sebagai medium dunia muzik
Selain itu, ditanya tentang kewujudan AI ini di dalam industri muzik, beliau berkata, “Actually, saya suka juga tau. Cuma, saya guna itu sebagai assistant bukan sebagai pengganti, untuk nak enhance.
Sebab, dia sama macam kita guna Chatgpt dalam kerja kan. Sebagai alat, tapi bukan gantilah. Kalau kita tak faham, kalau kita tak apply AI nanti kita akan ketinggalan juga. Saya suka guna tu sekarang. Sebab, saya nak buat demo pun laju, tapi saya tak guna sebijik lah benda AI. Saya cuma guna dari segi cetusan idea. Tapi, sound-sound tu saya akan ganti balik, sebagai penghubung lah, “Jelasnya.

Cerita Ramadan Omar K
Bagaimana sambutan Ramadan bagi tahun 2026? Beliau berkata,
Walaupun sibuk dengan kerjaya, namun bulan Ramadan tetap menjadi fokus utama. Kebiasaannya macam bulan Ramadhan memang saya akan cuba untuk slow down. Terutama lagu-lagu kan, banyak orang akan buat. Untuk tahun ni, Alhamdulillah, saya dah selesaikan hampir ke semualah lagu raya saya sebelum Ramadhan sebab bulan Ramadhan saya tak kerja malam lah, susah kan nanti nak terawih. Di bulan Ramadan saya still masuk studio tapi cuma sampai petang sahaja. Pagi sampai petang.
Berkenaan recording pun kurang lah sebab artis pun dia susah nak record waktu siang sebab berpuasa. Malam pun saya tak masuk studio. Tapi macam 1-2 tahun sebelum ini baru saya dapat buat macam ini yang mana selepas solat terawih saya masuk balik studio. Yang ini saya tak galakkan lah sebab dia akan memberi kesan untuk hari berikutnya sebab nak bangun sahur semua kan. Jadual padat orang kata dah kurang-kurangkan sikit lah.
Cabaran Ramadan setiap tahun ialah sebagai contoh, bila lagu raya sudah siap semua, tiba-tiba ada satu job lagi masuk, selepas itu mereka nak dan mereka cakap boleh tak nak record lepas terawih kan. Jadi, itu dugaan lah, kita kena kuat sebab kita akan fikir mereka client. Itulah dugaan setiap Ramadhan.
Perancangan masa hadapan
Saya suka juga buat lagu-lagu yang ke arah education macam untuk kanak-kanak. Sebab dulu saya ada buat juga untuk animasi. Agak sukar sebab animasi ini kita bergantung juga pada produksi dan kumpulan animasi tersebut dan dia kena ada sponsor yang besar untuk pembikinan animasi. So, tapi at the same time , apa-apa job macam lagu Didi & Friends saya akan buat lah sebab saya suka benda tu. Saya rasa dia banyak benda-benda positif untuk kanak-kanak. Dia punya lirik pun berguna, macam ada manfaat. Tidak adalah macam lagu cinta sahaja kan. InsyaAllah, saya rasa nak tambahkan lagu animasi lagi di masa hadapan.
Kami di Best FM sentiasa mendoakan Omar K sentiasa berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi. Terus menghasilkan karya yang bermutu demi meningkatkan kestabilan industri muzik Malaysia. Dalam masa sama menjadikan industri hiburan tanah air terus terbang tinggi dan melahirkan insan yang sentiasa komited dan penuh dedikasi. Kepada pengunjung dan pembaca di Portal Best FM, kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan padu anda yang berterusan.
No Comment! Be the first one.