Shila Amzah sulam emosi 25 tahun perjalanan seni dalam konsert penuh makna
Setelah sekian lama menanti untuk menyaksikan kemunculan Shila Amzah dalam konsert solo berskala besar di tanah air, penyanyi itu akhirnya kembali memukau pentas Malaysia menerusi persembahan...
Setelah sekian lama menanti untuk menyaksikan kemunculan Shila Amzah dalam konsert solo berskala besar di tanah air, penyanyi itu akhirnya kembali memukau pentas Malaysia menerusi persembahan istimewanya bersempena dengan 25 tahun perjalanan seni dalam industri hiburan.
Mengubati kerinduan peminat setianya yang inginkan “hadiah” terbaharu daripadanya selepas kali terakhir mengadakan konsert di Kuala Lumpur pada 2023 memandangkan jadual seninya yang lebih padat di China, penyanyi itu bagaimanapun tetap memilih Malaysia untuk meraikan detik penting karier seninya.
Berlangsung di pentas paling berprestij, Dewan Filharmonik Petronas (DFP) pada malam Sabtu, konsert Resonance: Shila Amzah in Harmony-25 Years of Music & Memories bukan sekadar persembahan muzik biasa sebaliknya lebih daripada itu dengan membawa peminat untuk mengenali lebih intim insan seni ini.
Tidak mahu mensia-siakan peluang pertama kali beraksi di DFP yang menjadi impian ramai penyanyi, Shila yang memulakan persembahan tepat pada 8.20 malam, menyifatkan konsert itu sebagai gambaran perjalanan hidupnya yang penuh dengan momen nostalgik akan kesedihan, jatuh dan kebangkitan semula.
Baca Lanjut di Shila Amzah sulam emosi 25 tahun perjalanan seni dalam konsert penuh makna
No Comment! Be the first one.