Norreen Iman, suami hadir prosiding pengesahan lafaz cerai
Pelakon dan pempengaruh, Norreen Iman yang sebelum ini menepis dakwaan rumah tangga bergolak dilihat hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, hari ini bagi prosiding tuntutan pengesahan...
Pelakon dan pempengaruh, Norreen Iman yang sebelum ini menepis dakwaan rumah tangga bergolak dilihat hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, hari ini bagi prosiding tuntutan pengesahan lafaz cerai.
Lengkap dengan persalinan serba hitam, Norreen atau nama penuhnya, Norreen Iman Abdullah, 32, hadir bersama suaminya, Raizi atau Mohd Raizi Abd Razak bagi prosiding yang dijadualkan berlangsung di hadapan hakim syarie, Nadiah Khamis.
Bagaimanapun, Norreen dan Raizi memilih untuk mengunci mulut dan enggan berkongsi status rumah tangga mereka selepas keluar dari dewan bicara pada kira-kira pukul 1.30 petang tadi.
“Smile (senyum). Saya cuma rasa lapar saja sekarang ini,” katanya ringkas kepada media.
Difahamkan, pengesahan lafaz cerai itu difailkan oleh Norreen selaku plaintif pada bulan ini.
Baca Lanjut di Kosmo Online
No Comment! Be the first one.