Rezeki Tak Pernah Salah Alamat
Rezeki..satu perkataan yang ringkas, tapi maknanya sangat luas. Kadang-kadang kita terlalu sibuk mengejar, sampai terlupa bahawa rezeki itu sebenarnya datang pada waktu yang telah ditetapkan. Ada...
Rezeki..satu perkataan yang ringkas, tapi maknanya sangat luas. Kadang-kadang kita terlalu sibuk mengejar, sampai terlupa bahawa rezeki itu sebenarnya datang pada waktu yang telah ditetapkan. Ada hari kita rasa sempit, ada masa terasa lapang, itulah warna kehidupan. Hakikatnya, rezeki tidak pernah salah alamat. Ia hadir tanpa diminta, dalam bentuk yang kita sangka mahupun yang tidak pernah kita jangka. Jadi, tak perlu kita risau melihat rezeki orang lain. Bahagian kita tetap ada, cuma masanya mungkin berbeza. Yang penting, hati ini sentiasa belajar untuk bersyukur dengan setiap pemberianNya.
Bila berbicara tentang rezeki, terlintas juga tentang negeri Johor yang kita cintai. Alhamdulillah, Johor terus melakar kejayaan dengan pencapaian berbilion ringgit. Satu rezeki besar hasil usaha dan kepimpinan yang berterusan. Lebih menyentuh hati bila rezeki ini dikongsi bersama rakyat, bukan hanya angka di atas kertas tetapi memberi manfaat kepada kehidupan seharian.
Sebak juga bila mendengar Menteri Besar Johor, YAB Dato’ Onn Hafiz Bin Ghazi memohon agar para duyufurahman, khususnya jemaah haji rombongan Kerajaan Negeri Johor, menitipkan doa buat negeri ini. Doa dari tanah suci, pasti lain rasanya. Moga Johor terus makmur, terus berjaya dan sentiasa dalam rahmatNya, In shaa Allah.

Buat para duyufurahman yang terpilih menjadi tetamu Allah, semoga setiap langkah dipermudahkan, setiap ibadah diterima dan dikurniakan haji yang mabrur. Kami di sini hanya mampu mengirim doa, semoga kalian pulang dengan hati yang lebih tenang dan jiwa yang lebih bersih. Dan buat kita yang masih di tanah air, marilah kita terus menjaga keharmonian yang ada, saling menghormati dan menyayangi antara satu sama lain. Kerana pada akhirnya, inilah rezeki yang paling berharga.
Dj Ryn sayang Johor. Maju Johor!
No Comment! Be the first one.