AIMAN JADI PELAJAR CEMERLANG KA – PUDING KARAMEL
Bila resepi-resepi Khairul Aming “Mendonia”, dan banyak beri impak positif tentang perpaduan, kebersamaan dan meraikan kepelbagaian masyarakat dalam negara kita, buatkan Aiman rasa...
Bila resepi-resepi Khairul Aming “Mendonia”, dan banyak beri impak positif tentang perpaduan, kebersamaan dan meraikan kepelbagaian masyarakat dalam negara kita, buatkan Aiman rasa terpanggil juga untuk ‘join’ sama-sama untuk cuba buat menu-menu viral KA tiap kali Ramadan.
Minggu lepas, Aiman balik ke kampung mertua. Bincang-bincang dengan orang rumah nak berbuka juadah apa, dan lepas tu Aiman terfikir nak cuba buat beberapa menu viral KA! Pom! Terjadilah PUDING KARAMEL VIRAL 2026 geng!

Haa! Inilah dia kejadiannya PUDING KARAMEL yang Aiman dah buat last week!
Aiman bukan seorang manusia yang mudah untuk masuk ke dapur ya. Sebab memang dari dulu tak reti buat kerja-kerja dapur, tapi tolong-tolong tu ada lah sikit. Tapi kali ni ‘full’ ya Aiman kat dapur untuk siapkan menu Puding Karamel Viral KA!

Memang betul, Aiman buat Puding Karamel ni dibantu oleh isteri dan ibu mertua. Yang seronok, dibantu sorak gembira bersama seluruh ahli keluarga! Hahaha! Betul lah apa yang KA luahkan tentang resipi-resipi yang KA kongsikan tu untuk kita semua “CIPTA KENANGAN MANIS” bersama-sama keluarga dan sesama kita masyarakat Malaysia. Nak tahu sedap tak sedap Puding Karamel VIRAL ni?

Tengok ni, Aiman pun dah potong-potong slice Puding Karamel ni.. Katanya tengah syiokkkkk menikmati hasil buatan tangan sendiri. Hehehe..
Ni resipinya:
- Secawan gula – ditaburkan dalam kuali dan dipanaskan untuk cair jadi karamel
- Dua keping roti – potong bahagian tepi, dan hanya guna yang tengah – then potong kecil jadi 4 keping roti – masukkan ke dalam blender.
- 4 biji telur
- tuangkan dua cawan susu cair ke dalam blender
- masukkan secawan susu pekat manis
- pantau gula yang tengah dipanaskan dan goncang-goncang sikit kuali
- masukkan cream cheese yang diukur secawan kopi dan masukkan dalam blender
- masukkan 4 biji telur dan masukkan dalam blender
- blend semua bahan-bahan ni
- tuangkan gula karamel ke dalam loyang
- bahan yang di blend dituangkan ke dalam satu jug (gunakan penapis)
- tuangkan keseluruhan bahan di blend tadi ke dalam loyang secara berlapis atas gula karamel, ingat kena gunakan belakang sudu untuk dilapiskan tuangannya tadi supaya gula karamel tak bersepah.
- masukkan loyang yang dipenuhi bahan tadi ke dalam periuk kukus mertua dan panaskan sekurang-kurangnya 45 minit
- dah selesai, biarkan puding karamel tadi di sejukkan dulu kat suhu luar, dan lepas 30 minit, masukkan ke peti sejuk.
- masa ready nak berbuka, bawa keluar puding karamel tadi dari peti sejuk dan tutup loyang dengan pinggan dan terbalikkan!
- walaaaaaa!! Puding Karamel VIRAL pun siap!
Tak faham apa yang Aiman tulis sini? Haaa tengok je kat tiktok @aiman_bestfm or instagram @djaimansabri !
Selamat menonton, dan cubalah! KA, Aiman minta izin share resipi yek..
@aiman_bestfm LULUS!! Pudding Caramel trend settle 😎 amacam KA @Khairulaming ? #djaimansabri #aimanyouremcee #aimanbestfm
No Comment! Be the first one.