Kandungan menarik lebaran ini di Best FM
Johor Bahru- Best FM dengan tagline Suara Dunia Baharu terus mengekalkan kandungan yang menarik pada Aidilfitri kali ini. Pelbagai pengisian yang luar biasa bakal ke udara di corong radio. Selain...
Johor Bahru- Best FM dengan tagline Suara Dunia Baharu terus mengekalkan kandungan yang menarik pada Aidilfitri kali ini. Pelbagai pengisian yang luar biasa bakal ke udara di corong radio. Selain menceriakan pendengar dengan seleksi lagu raya lama dan baharu, Syawal kali ini bakal menjadi suatu kelainan kerana setiap segmen di Best FM menampilkan artis terkenal tanah air bercerita tentang Hari Raya mereka.
Antara yang menarik, pengumuman Hari Raya Aidilfitri akan diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada hari Khamis iaitu 19 Mac 2026 bersamaan 29 Ramadan 1447 Hijrah pada jam 8 malam. Ianya akan disiarkan secara langsung oleh penyampai bertugas yang akan diambil dari televisyen. Selain itu, hebahan berkenaan rumah terbuka Istana Johor juga akan diumumkan pada tarikh yang sama iaitu pada 19 Mac 2026.
Takbir Raya akan mula disiarkan selepas azan Maghrib menjelang 1 Syawal 1447 Hijrah hingga jam 8 pagi keesokkan harinya. Setiap 1 jam sekali Takbir Raya akan disiarkan. Yang lebih menarik lagi, kali ini slot Salam Lebaran akan menyiarkan ucapan-ucapan Raya pendengar sempena Aidilfitri yang dihantar menerusi Portal Best FM, media sosial serta Whatsapp. Ucapan Raya pendengar akan dibacakan oleh penyampai radio Best FM bermula malam Raya di segmen Best Nite Talk dan segmen-segmen seterusnya.
Antara segmen di Best FM seperti Best Pagi On, Best Relax, Best Havoc dan Best Nite Talk akan menyajikan anda dengan perkongsian raya oleh barisan penyampai Best FM dan semestinya artis terkenal turut dijemput bagi memeriahkan suasana Aidilfitri di studio.
Bermula Hari Raya dari jam 6 pagi sehingga 10 pagi dalam Best Pagi On Raya, segmen ini akan membincangkan topik yang menarik tentang Raya dan antara artis yang turut diundang ialah Yassin Senario dan Haziq Rosebi bersama penyampai AD dan Kudein.
Bukan itu sahaja, hujung minggu sememangnya luar biasa dengan segmen-segmen terbaik seperti Raya Best Top 40 bersama penyampai Helmi dan Denny bermula 10 pagi sehingga 1 tengah hari. Dalam segmen ini, sebanyak 40 buah lagu raya legend akan diputarkan mengikut kedudukan sehingga di tangga juara. Segmen ini turut dimeriahkan dengan kehadiran artis legend seperti Rahimah Rahim, Khairil Johari Johar dan Junainah M Amin.
Bermula 1 tengah hari sehingga 3 petang bersama penyampai Ieqa dan Anna Tongai, segmen Baru Nak Up Special Raya mengetengahkan lagu-lagu Raya baharu dan terkini. Antara artis yang ditampilkan dalam segmen ini ialah AndyOso, Sterk, Shiha Zikir dan Syasya Rizal. Dalam segmen sekaligus dapat mengenali artis baharu tanah air serta mereka berkongsi kisah Raya mereka bergelar sebagai penyanyi.
Turut menjadi pelengkap di hujung minggu Raya anda ialah segmen Best Weekend Raya yang akan ke udara bermula 3 petang sehingga 7 malam bersama Aiman dan Hafiz dalam konsep suasana open house. Untuk segmen ini, penampilan khas penyampai Best FM sebagai tetamu jemputan akan berkongsi cerita serta pengalaman menyambut hari lebaran mereka.
Pada jam 7 malam sehingga 8 malam, siaran Khutbah Raya Aidilfitri akan ke udara selepas azan Maghrib pada Hari Raya pertama. Dalam masa yang sama, lagu-lagu nasyid akan diputarkan selepas Khutbah.
Di sebelah malam hari pula akan bersama dengan DJ Ryn dan Hafizi dalam segmen Retro Vibes Raya bermula jam 8 malam sehingga 12 tengah malam. Menariknya segmen ini, pengisian Dari Sel Ke Hati kami bawakan kepada anda seorang banduanita khas dari Penjara Kluang, menyelami kisah hidupnya. Selain itu, artis jemputan seperti Ayai Ilusi dan Acad Raja Lawak turut akan sama menghiburkan pendengar.
Penampilan khas artis-artis diteruskan sehingga Raya ketiga dari pagi sehingga malam. Dalam setiap segmen, satu jam akan bersama artis jemputan antaranya Irfan Haris/Mas Idayu, Pempengaruh TikTok iaitu SeorangAen, Izzue Islam dan Pelakon Razuan. Ini bermakna setiap segmen mempunyai satu artis selama 1 jam ke udara. Raya keempat menampilkan artis Iera Milpan dalam Best Relax bermula 10 pagi sehingga 3 petang bersama penyampai Ieqa dan Anna Tongai.
Pengisian kandungan menarik ini bukan sahaja menghiburkan pendengar malah mendapat input-input berguna khas buat pendengar di luar sana. Semoga pengisian ini juga dapat menceriakan dan menemani anda sepanjang Hari Raya Aidilfitri yang penuh bermakna ini.
No Comment! Be the first one.