Masam manis Ramadan!
Ramadan sentiasa membawa kenangan yang sangat dekat di hati DJ Ryn. 14 tahun yang lalu, ketika menanti kelahiran puteri sulung, Nurqiesha Az Zharyd, DJ Ryn masih berpuasa seperti biasa. Dari jam 5...
Ramadan sentiasa membawa kenangan yang sangat dekat di hati DJ Ryn. 14 tahun yang lalu, ketika menanti kelahiran puteri sulung, Nurqiesha Az Zharyd, DJ Ryn masih berpuasa seperti biasa. Dari jam 5 petang sehinggalah detik kelahiran pada jam 1.02 pagi, hanya kurma dan air suam yang dijamah. Dalam keadaan sarat dan menahan sakit kontraksi, hati hanya berdoa agar Allah berikan kekuatan. Ajaibnya, tenaga itu datang luar biasa seolah-olah ada ketenangan dan semangat yang tidak mampu digambarkan.

Malam itu juga, di malam Jumaat, Nurqiesha Az Zharyd selamat dilahirkan secara normal. Saat pertama kali mendengar tangisan bayi, segala penat dan sakit terasa hilang. DJ Ryn bersyukur kerana diberi peluang merasai pengalaman melahirkan yang begitu indah, walaupun sepanjang proses itu masih berpuasa. Ia benar-benar satu kenangan Ramadan yang tidak akan pernah dilupakan.
Selepas kelahiran, tibalah waktu berbuka yang sangat sederhana tetapi penuh makna. Ibu mertua memasakkan ikan selar kuning masak singgang, khas untuk menantu yang baru melahirkan. Ketika itu, badan terlalu lemah sehingga tidak mampu menyuap sendiri makanan. Dengan penuh kasih sayang, suami membantu menyuapkan nasi dan lauk sedikit demi sedikit sehingga habis.

Itulah kenangan Ramadan paling istimewa dalam hidup DJ Ryn di saat menjadi seorang ibu buat pertama kali. Dalam lapar dan sakit bersalin, Allah tetap hadiahkan kekuatan, kasih sayang keluarga, dan seorang puteri yang kini sudah 14 tahun membesar menjadi kebanggaan hati. Kadang-kadang bila dikenang semula, DJ Ryn hanya mampu tersenyum…rupanya di sebalik ujian, tersimpan kenangan yang sangat manis.
Jumpa lagi cerita seterusnya…bukan pasal beranak jerk tau hihihi
No Comment! Be the first one.