Apakah hukum mengucapkan “Gong Xi Fa Cai”? Ini penjelasan Ustaz Wadi Annuar.
17 Februari 2026- Di Malaysia, pelbagai perayaan yang disambut dalam setahun dek kerana hidup dalam masyarakat majmuk. Ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang kekal harmoni sehingga abad ini....
17 Februari 2026- Di Malaysia, pelbagai perayaan yang disambut dalam setahun dek kerana hidup dalam masyarakat majmuk. Ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang kekal harmoni sehingga abad ini.
Seperti hari ini, Tahun Baru Cina telah berkunjung tiba. Kenalan yang berlainan bangsa seperti kaum cina khususnya pernah bercerita tentang pengalaman manis mereka setiap kali perayaan ini diraikan. Sebagai tanda menghargai, tidak lengkap tanpa ucapan di bibir sepertimana “Gong Xi Fa Cai” buat mereka.
Apakah maksud di sebalik “Gong Xi Fa Cai” itu sebenarnya? Adakah kita benar-benar faham atau sekadar menjadi ikutan. Di dalam setiap perayaan yang diraikan di negara ini misalnya, ada terselit unsur keagamaan, budaya serta kepercayaan masing-masing. Adakah dari sudut agama Islam dibolehkan atau dilarang?
Sebagai kesimpulan, “Gong Xi Fa Cai” bermaksud Tahniah dan semoga bertambah rezeki. Jika diteliti, ini sangat bermakna ucapannya sekaligus mendoakan yang terbaik sesama manusia. Dari sudut hukum pula, dibenarkan.
Perkongsian ini sangat bermanfaat yang dikongsikan oleh Ustaz Wadi Annuar menerusi hantaran di Instagram miliknya . Jelas di sini, segala kekeliruan yang timbul sebelum ini, kini sudah menjadi jelas tanpa ras was-was untuk mengucapkan perayaan ini buat kaum Tiong Hua di masa akan datang.
No Comment! Be the first one.