TIPS UNTUK BAKAL PENGANTIN
Kali ni abang nak share tips utk bakal pengantin kat luar sana. Kalau bakal pengantin yang tengah merancang majlis perkahwinan, salah satu perkara yang abang sangat galakkan ialah ‘hire’...
Kali ni abang nak share tips utk bakal pengantin kat luar sana. Kalau bakal pengantin yang tengah merancang majlis perkahwinan, salah satu perkara yang abang sangat galakkan ialah ‘hire’ emcee atau pengacara majlis profesional. Jangan pandang remeh peranan emcee kerana emcee bukan sekadar bercakap menggunakan mikrofon, tetapi adalah ‘nadi’ yang menghidupkan suasana majlis.
Ini beberapa tips yang abang nak kongsikan kepada bakal pengantin.
💍 7 Tips sebelum ‘hire’ emcee untuk majlis perkahwinan
1. Pilih emcee yang berpengalaman
Pastikan emcee pernah mengendalikan majlis perkahwinan dan tahu mengawal perjalanan majlis mengikut atur cara.
2. Tengok gaya dan personaliti emcee
Pilih emcee yang sesuai dengan konsep majlis. Nak santai, kelakar, romantik, eksklusif atau formal? Pastikan gayanya serasi dengan kehendak pengantin.
3. Minta video atau portfolio
Jangan hanya tengok gambar. Minta video ketika emcee sedang mengendalikan majlis supaya boleh menilai suara, gaya penyampaian dan keyakinannya.
4. Pastikan emcee tahu protokol majlis
Terutama ketika mengumumkan ketibaan pengantin, menyebut nama keluarga, menjemput VIP dan mengendalikan acara penting.
Ini antara tips yang bakal pengantin boleh gunakan supaya hari bahagia anda nanti berjalan dengan lancar!
No Comment! Be the first one.